Category Archives: UniFI

Case Study: Tiada Liputan Unifi – Alor Akar Kuantan

Nak apply Unifi tapi bila semak tak ada coverage . Padahal satu blok.

Beliau telah berhubung dengan saya berkenaan untuk mendaftar Unifi. Pada awal bulan lalu iaitu Disember 2019, beliau mohon saya untuk buat semakan coverage dan didapati alamat yang beliau berikan tiada di dalam sistem Unifi. Agak mengecewakan.

Saya semak pula dengan lebih teliti. Rupanya hanya kediamannya sahaja yang tiada data liputan Unifi. Sedangkan unit lain di blok aparment tersebut ada liputan. Jadi saya berbincang dengan beliau untuk menghantarkan kes ini kepada survey team.

Bila kes macam ni, ada beberapa perkara yang perlu ejen buat :

  • Buat site survey bagi mendapatkan maklumat secara fizikal.
  • Ambil maklumat pelanggan
  • Hantar kepada pihak TM untuk pengesahan sama ada boleh diberikan service Unifi atau tidak.
  • Setelah mendapat feedback dari pihak TM, ejen proses permohonan seperti biasa.

Beberapa hari kemudian beliau berhubung dengan saya dan terus membuat permohonan unifi. Ini adalah flow biasa yang ejen perlu buat dan keputusannya sama ada boleh berikan servis unifi atau tidak. Itu sahaja. Setidaknya mencuba. Tiada bayaran yang saya kenakan.

Saya akan update perkembangan kes ini dari semasa ke semasa. Bagi yang berminat untuk mendapatkan khidmat saya boleh terus berhubung dengan saya di talian 019-9377 794. Mana kes yang saya boleh bantu, saya bantu.

Unifi 30Mbps Unlimited Kuantan Pahang

Pakej Unifi 30Mbps RM89 Unlimited

Adakah anda penduduk di Kuantan, Pahang sedang mencari pakej internet tanpa had (unlimited internet) untuk kegunaan di rumah?

Percaya atau tidak, internet sudah menjadi keperluan mustahak bagi setiap rakyat Malaysia. Tak kira tua atau muda.

Menjadi satu kebiasaannya juga, kita akan pilih pelan internet terbaik dan internet yang laju untuk kegunaan kita. Harga internet pun sudah murah dan berpatutan untuk di milik.

Saya nak kongsikan pakej internet yang murah iaitu pakej Unifi 30Mbps berharga RM89/bulan.

Pakej ini bukan sahaja murah dan mampu milik. Tapi memberikan kelajuan internet tanpa had (unlimited). Untuk rakyat Pahang, khususnya Kuantan, saya memberi perkhidmatan pendaftaran pakej Unifi secara percuma.

Apa yang terbaik dengan pakej ini?

  • Kelajuan muat turun (download) sehingga 30Mbps
  • Kelajuan muat naik (upload) sehingga 10Mbps
  • Tiada had kuota (unlimited)
  • Harga yang murah dan berpatutan
  • Bantuan teknikal terus dari TM dan tidak melalui pihak ke-3

Secara ringkasnya, jika anda memang sedang mencari pakej internet tanpa had (unlimited) di rumah, pasti anda akan menyukai pakej ini.

Saya akan huraikan lebih jelas apa yang ditawarkan pakej ini.


Isi Kandungan


Apakah yang ditawarkan oleh TM melalui promosi pakej Unifi Home 30Mbps Unlimited?


Unifi 30Mbps Kuantan Pahang

Di bawah pelan ini, anda akan menikmati :

  • Harga bulanan yang tetap RM89
  • Muat turun 30Mbps (download)
  • Muad naik 10Mbps (upload)
  • Tiada had kuota (unlimited)
  • Caj panggilan 20 sen/minit

* Harga RM89 tidak termasuk dengan cukai perkhidmatan 6%*

* Harga yang dipaparkan adalah tidak berubah


Apakah keistimewaan lain pakej ini?


Sebagai tambahan, pelan ini di datangkan dengan perkara di bawah :

  • Pengaktifan dan pemasangan PERCUMA
  • Akses ke Wifi@Unifi percuma di lebih 12,000 lokasi
  • Wireless router PERCUMA*
  • BTU Modem

* Wireless router hanya diberikan jika melibatkan PEMASANGAN BARU SAHAJA.

*Set telefon / telefon wireless / Cordless phone tidak diberikan. Anda boleh dapatkan di mana-mana TM Point terdekat atau kedai telefon berhampiran.


Bolehkan Pelanggan Unifi Basic 30Mbps 60Gb Kuota Naik Taraf (Upgrade) Ke Pakej Ini?


Sebenarnya bukan sahaja pakej Unifi Basic 60Gb boleh upgrade ke pakej ini. Tapi pakej Streamyx lama atau kini dikenali dengan Unifi Lite boleh upgrade ke pakej ini tanpa sebarang penalti

Untuk naiktaraf (upgrade) ke pakej ini, anda boleh berhubung dahulu dengan saya untuk dapatkan info.

Terlebih dahulu anda perlu pastikan yang anda tidak mempunyai kontrak sama ada pakej internet tersebut atau anda pernah langgan apa-apa servis tambahan TM.


Adakah Terdapat Kontrak Serta Penalti Dikenakan Jika Saya Menamatkan Langganan Dalam Tempoh Kontrak?


Perkara pertama yang anda perlu pertimbangkan adalah kontrak. Kontrak yang ditetapkan untuk pakej Unifi Home 30Mbps Unlimited adalah 24 bulan ( 2 tahun).

Penalti yang akan dikenakan adalah mengikut baki bulanan yang tinggal. Anda harus membayar langganan bulanan untuk baki bulan yang tinggal.

Sebagai contoh :

Suraya melanggan pakej Unifi Home 30Mbps pada 1 Januari 2019. Selepas enam bulan melanggan, beliau bercadang untuk menamatkan langganan tersebut untuk bertukar ke pakej dari syarikat telco yang lain.

Kontrak Unifi Home adalah 24 bulan. Jadi beliau mempunyai baki kontrak dengan TM selama 1 tahun 6 bulan berjumlah 18 bulan.

Kos kesemua penalti yang akan dikenakan adalah :

RM89 X 18 = RM1602

Lebih malang lagi, beliau telah melanggan pakej Unifi PlayTV Ultimate iaitu satu servis IPTV dari TM yang berharga RM60/bulan. Berdasarkan jadual di bawah, kontrak minimum bagi Unifi PlayTV adalah 12 bulan. Jadi situasi ini, berbaki 6 bulan lagi kontrak.

RM60 X 6 = RM360

Kos keseluruhan adalah RM 1962.

Pelanggan perlu membayar semua baki terakhir dan tertunggak bagi memastikan proses penamatan berjalan dengan baik. Untuk lebih jelas boleh rujuk terma dan syarat.


Di Mana Nak Bayar Bil?


Dengan aplikasi myunifi, anda boleh lihat bil-bil terkini anda, buat pembayaran, dan berhubung dengan TM lebih mudah. Alternatif lain, anda boleh bayar bil melalui saluran di bawah :

  • Portal unifi.com.my
  • TM Point
  • TM Point Authorised Dealer (TAD)
  • Online Banking – Bank Terlibat Sahaja
  • Pos Malaysia
  • TM Kiosk Machine

Untuk semua senarai penuh saluran pembayaran boleh rujuk di sini : Saluran Pembayaran

Bagaimana Nak Daftar?

Jom daftar ! Jangan tunggu lama-lama. Jangan banyak compare sangat dengan produk lain!. Nanti harga dah naik tak ada peluang dah nak apply.

Jom berurusan dengan saya kerana :

Saya berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang jualan produk TM dan dibimbing, diselia oleh pihak TM Pahang di bawah – TM Authorised Reseller (Penjual Sah TM).

Adakah info ini berguna untuk anda?

Jika anda ada pertanyaan berkaitan pendaftaran unifi , boleh tinggalkan komen di bawah. Semoga info ini bermanfaat untuk anda semua. Terima kasih

TM Unifi Kuantan : 019 – 9377 794 (Pendaftaran/Sales)

Telekom Malaysia Hotline : 100 (Aduan/Kerosakan/Bil)

p/s : untukk pendaftaran Unifi, Streamyx (Unifi Lite) atau unifi mobile postpaid di kawasan selain dari kawasan Kuantan, boleh rujuk senarai kawasan ini untuk perkhidmatan saya : http://www.hafizalbroadband.com/blog/kawasan-perkhidmatan/

sumber video : Papayie Channel

019 – 9377 794

Pakej Unifi RM159 Dengan TV Box Akan Ditamatkan

Masih ada yang berminat dengan pakej Unifi yang di datangkan bersama dengan Unifi TV? . Unifi TV ni bukan yang jenis boleh tonton di Smartphone atau komputer je. Ini yang didatangkan bersama dengan TV Box/Media Box/Anroid Box.

Unifi TV Box

Awal tahun lalu TM telah memansuhkan pakej unifi yang datangkan dengan Unifi TV Box ni. Cuma pada awal bulan Mac lalu, TM buka semula pakej ni dengan harga RM159 sahaja iaitu tambahan RM30 dari pakej biasa RM129.

Kandungan pakej tersebut adalah seperti di bawah :

Pakej Unifi TV Box 100Mbps

Pakej ini di jadualkan buka pada sehingga 31 Mei 2019 ini sahaja dan TM hanya tawarkan pakej Unifi bersama TV Box hanya pada pelanggan pakej 300Mbps sahaja.

Bagi yang masih berminat boleh terus berhubung dengan saya sendiri untuk berurusan. InsyaaAllah saya akan berikan khidmat pendaftaran. Perkhidmatan saya di sekitar Kuantan. Tetapi kawasan lain InsyaAllah saya akan cuba dapatkan bantuan rakan niaga saya.

Promosi Unifi Bersama TV Box!

Bermula 12 Mac 2019 sehingga 31 Mei 2019, anda boleh melanggan pakej unifi bersama dengan TV Box dengan memilih Unifi TV – Ultimate Pack.

Pakej unifi 100Mbps berharga RM129 dan dengan hanya menambah nilai wang RM30/bulan, anda akan dapat miliki TV Box dan boleh menonton semua siaran TV unifi termasuk 3 saluran yang tiada dalam unifi PlayTV iaitu Fox HD, FX HD, Fox Life HD.

Bagi pelanggan sedia ada yang belum mempunyai TV Box, bolehlah segera ke mana-mana TM Point untuk melanggan unifi TV Ultimate Pack dan dapatkan TV Box.

Caj Unifi PlayTV Di Bil Bulanan

Bagi yang melanggan pakej unifi atau Streamyx yang ada akses unifi PlayTV, anda pasti akan lihat caj unifi PlayTV di dalam bil. Caj yang tertera dalam bil tersebut adalah RM30 kebiasaannya. Jarang yang melanggan pakej Ultimate untuk unifi PlayTV.

O.k, dalam bil unifi atau Streamyx anda akan lihat butiran seperti di bawah:

Contoh Bil Unifi

Paparan di atas adalah pakej unifi 100Mbps Turbo Deal 2019 yang saya telah daftarkan pada awal bulan Febuari 2019 baru-baru ini. Pakej yang dilanggan adalah RM129 setiap bulan.

Ini adalah bil pertama dan kebiasaannya bil pertama memang akan mahal sedikit disebabkan sewaktu pendaftaran dan pemasangan, tiada pembayaran pendahuluan dikutip. Ini untuk memudahkan pelanggan mendapatkan unifi. Segalanya perlu di bayar melalui bil sahaja.

Cuba anda lihat caj bulanan untuk Residential High Speed Internet yang dipaparkan.

CAJ BULANAN

Untuk tarikh 9/2/2019 – 15/2/2019 –

Ini adalah caj prorata (pro-rate) yang dicaj mengikut harian. Kiraan adalah seperti berikut.

RM129 / 31 Hari = RM4.16/hari

Tempoh 9/2/2019 – 15/2/2019 = 7 Hari

Jadi untuk mendapatkan kiraan harian, RM4.16 X 7 hari maka dapatlah nilai RM29.13.

KIRAAN DISKAUN

Mengapa ada diskaun? . Sebenarnya harga pakej unifi sememangnya RM129. Tapi disebabkan dalam pakej ini, TM memberikan diskaun sebanyak RM30, maka terpaparlah amaun diskaun pada bil. Cuba kita lihat kiraan diskaun pula.

Untuk tarikh 9/2/2019 – 15/2/2019 – Diskaun dikira untuk tempoh 7 hari juga.

Jadi RM30 / 31 hari = RM0.97 sen.

RM0.97 X 7 hari = RM6.77 Sen Diskaun untuk 7 hari

Caj Unifi PlayTV Lite

Apabila lihat caj ni dalam bil, ramai yang nak batalkan langganan pakej unifi PlayTV ni. Antara sebab-sebab yang mereka kemukakan adalah :

  • Tak langgan pun unifi PlayTV.
  • Tak tengok unifi PlayTV.
  • Tiada box TV untuk tengok di TV.
  • Tak nak pakej unifi PlayTV.
  • Nak jimat. Jika potong hanya perlu bayar RM99 sahaja.

Sabar, memang caj tersebut di asingkan di dalam bil. Dah masa langgan pun dinyatakan harga pakej RM129. So memang betul-betullah RM129 (RM99+RM30). Memang takkan boleh nak buang pakej ini kerana ia didatangkan bersama dengan unifi internet.

Mengapa ia di asingkan adalah kerana harga untuk pakej unifi PlayTV adalah berbeza. Untuk pakej Varnam Plus Pack, Ruby Plus Pack, Aneka Plus Pack, memang harganya RM30 dan ada masih lagi membayar harga langganan bulanan RM129 (RM99+RM30).

Tetapi berbeza bagi mereka yang nak langgan pakej unifi PlayTV saluran penuh (full channel) iaitu unifi PlayTV Ultimate Pack. Pakej ini berharga RM60/bulan. Jadi jika langgan pakej ni, dah tentunya akan terpapar di ruang caj tersebut berharga RM60. Jadi kiraan adalah seperti berikut :

Caj Internet

RM129 – RM30 (Diskaun) = RM99

Caj Unifi PlayTV

RM60

Jumlah Penuh = RM99 + RM60 = RM159.

So jelas tak apa yang saya terangkan? Kalau jelas, syukur kepada tuhan (Alhamdulillah). Tapi kalau tak jelas, boleh ke saluran aduan dan pertanyaan di bawah. InsyaAllah, mereka boleh bantu. :

Facebook : www.facebook.com/weareunifi
Twitter : twitter.com/helpmeunifi
Live Chat 24 Jam: unifi.com.my/chat/index.html
Email : help@tm.com.my
Talian Khidmat 24 Jam : 100 

Memahami Kiraan Bil Bagi Pakej Unifi 100Mbps RM129 Turbo

Pemahaman tentang kiraan bil bagi pakej Streamyx atau Unifi adalah penting supaya anda dapat merancang pembayaran bil dengan baik. Tugas memberi penerangan yang jelas tentang bil adalah tugas penjual sah Telekom Malaysia Berhad, Ejen sah TM, atau kakitangan.

Sungguh pun pakej yang dijual ada bermacam-macam, kiraaan bil adalah hampir sama dan kali ini saya nak jelaskan tentang pakej yang paling ramai pelanggan ambil iaitu pakej Unifi Turbo 100Mbps yang didatangkan dengan harga RM129.

Pakej ini meliputi perkhidmatan telefon, internet dan Web TV Unifi iaitu unifi PlayTV. Antara point penting adalah :

  • Minit panggilan berjumlah 600 minit yang diberikan kepada anda PERCUMA setiap bulan. 
  • Pilihan untuk memilih salah satu dari  pakej unifi PlayTV iaitu Varnam Plus Pack, Aneka Plus Pack, dan juga Ruby Plus Pack. Anda perlu faham, ia adalah pilihan dan iai adalah pakej yang didatangkan bersama dengan pakej Unifi Turbo. Tidak boleh dipisahkan. Anda cuma boleh memilih.
  • Internet berkelajuan tinggi sehingga 100Mbps untuk muat turun (download) dan muat naik 50Mbps (upload). 
  • Kada rata 10 sen/minit selepas 600 minit panggilan percuma dihabiskan. 

Point penting di atas akan merumuskan apa yang berlaku di dalam bil pertama dan juga bil setiap bulan. 

Kemunculan bil pertama 

Bil pertama anda akan dikeluarkan mengikut tarikh kitaran bil yang telah ditentukan dan bergantung kepada bila pemasangan unifi di rumah atau premis anda di aktifkan. Itu akan dihuraikan di dalam tulisan saya akan datang.

Antara persoalan bil pertama yang sering di ajukan adalah:

Mengapa bil pertama ni banyak dan perlu bayar lebih sedangkan saya hanya melanggan pakej RM129?.

Mengapa pula dimasukkan caj untuk unifi TV sedangkan di rumah saya tiada pemasangan unifi TV?.

Mengapa ada caj 6%? Bukankah GST sudah mansuh?

Mengapa caj internet hanya RM99?. 

Bolehkah kalau saya tak mahu ambil unifi TV dan hanya perlu membayar internet? Sebab saya tak guna pun unifi play TV tu

Kadang-kadang perkara telah diterangkan tapi mungkin tak jelas dan terkejut kerana perlu membayar bil yang tinggi. Mungkin juga ada pihak seperti ejen jualan tidak menerangkan dengan jelas. 

Baiklah, di dalam bil pertama ni, akan dipaparkan maklumat penting berikut:

  • Caj pro-rata (pro-rate) bagi pakej internet unifi dari tarikh pemasangan hingga tarikh bil dikeluarkan. 
  • Caj pendahuluan pakej internet unifi untuk bulan seterusnya. 
  • Cukai perkhidmatan 6%.
  • Caj pro-rata (pro-rate) bagi pakej unifi PlayTV dari tarikh pemasangan hingga tarikh bil dikeluarkan. 
  • Caj pendahuluan bagi pakej unifiPlayTV untuk bulan seterusnya.
  • Caj panggilan yang dikenakan jika panggilan 600 minit percuma dihabiskan. 

Saya bagi contoh situasi berikut.

Suraya melanggan unifi turbo 100Mbps dengan harga bulanan RM129 dan telah pun dipersetujui dan dijelaskan semua maklumat yang perlu. Tarikh beliau melanggan adalah pada 12 November 2018 dan pemasangan telah dibuat pada 16 November 2018. 

Disebabkan permohonan beliau diproses pada 12 November 2018, maka tarikh kitaran bilnya akan jatuh pada 12hb juga. Di dalam bil pertama akan dipaparkan malumat seperti di bawah.

Caj Internet 

  1.  Unifi 100Mbps . (Tarikh Mula 16/11/2018 – 12/12/2018) = RM89.10
  2.  Unifi 100Mbps . (Tarikh Mula 13/12/2018 – 12/01/2019) = RM27.00

Caj Bulanan Unifi PlaytV

  1.  Aneka Plus Pack . (Tarikh Mula 16/11/2018 – 12/12/2018) = RM27.00
  2.  Aneka Plus Pack . (Tarikh Mula 13/12/2018 – 12/01/2019) = RM30.00

Yang mengelirukan adalah pecahan harga di atas. Sebenarnya untuk lebih jelas, anda pecahkan dua servis yang berbeza iaitu internet dan juga Unifi TV. 

  • Unifi TV / Unifi PlaytV = RM30
  • Unifi Internet = RM99

Gabungan harga kedua-dua servis ini menjadikan jumlahnya adalah RM129. Mengapa ia dipecahkan di dalam bil adalah harga bagi pek unifi TV sebelum ini adalah berbeza-beza dan untuk siaran penuh iaitu unifi pek Ultimate, cajnya adalah RM60 setiap bulan. Tapi percayalah. Anda hanya perlu faham pakej RM129 dipecahkan di dalam bil mengikut servis internet dan juga unifi playTV/unifiTv.

Untuk kiraan bagi kadar pro-rata (prorate), ia adalah kiraan berdasarkan hari. Kitaran bil bagi pro-rata di atas dari 16/11/2018 – 12/12/2018 adalah berjumlah 27 hari. Jadi caj bagi unifiTV atau unifi PlayTV di bahagi dengan 27 hari. Lihat contoh di bawah.

Caj bagi unifi TV / Unifi PlayTV adalah RM30/Bulan & bersamaan RM1/hari. 

Kiraan hari adalah 27 hari. Jadi kadar harian X 27 hari. Maka jumlah yang perlu di bayar adalah RM27.00. 

Begitu juga dengan kadar caj pro-rata untuk unifi internet. Caj bulanan adalah RM99 dan bersamaan RM3.30/Hari. 

Maka kiraan pro-rata secara harian adalah RM3.30 X 27 hari = RM89.10.

Kiraan untuk kadar panggilan selepas 600 minit percuma pula adalah mudah. Contoh bulan November ada telah menggunakan minit sebanyak 650 minit. 600 minit adalah percuma dan baki 50 minit lagi kiraannya adalah :

Kadar caj/minit adalah 10 sen. 

50 Minit X 0.10 = RM5.00

Saya harap penerangan saya jelas dan jika anda ada pertanyaan, keraguan, masalah salah kira, atau caj yang tidak munasabah, boleh berhubung terus dengan pihak TM. Berikut adalah saluran aduan masalah anda.

Facebook : www.facebook.com/weareunifi
Twitter : twitter.com/helpmeunifi
Live Chat 24 Jam: unifi.com.my/chat/index.html
Email : help@tm.com.my
Talian Khidmat 24 Jam : 100 

Untuk berkenaan pendaftaran produk Unifi Fiber, Unifi Wireless, TM Broadband Streamyx, dan juga Unifi Mobile Postpaid, boleh berhubung dengan saya sendiri melalui talian:

019-9377 794
Link Whats App : www.wasap.my/60199377794

Harga Unifi Turbo 100Mbps Kekal Selepas 24 Bulan.

Apabila saya mendapat arahan untuk proses semua permohonan baru menggunakan pakej baru bermula 9 November 2018 lalu, pada mulanya saya agak terkejut dengan perubahan yang dibuat untuk pakej Unifi 100Mbps Turbo.

Harga selepas kontrak sahaja yang berubah dan perkara ini saya telah tulis pada post yang lepas . Boleh rujuk di sini :

Harga Unifi 100Mbps Turbo Naik Selepas 24 Bulan Kontrak | Bermula 9 November 2018

Namun pada 17 November lalu, Telekom Malaysia Berhad (TM) melalui laman Twitternya telah memohon maaf atas kekeliruan dan menegaskan bahawa pelan Unifi 100Mbps Turbo mereka akan kekal walaupun selepas 24 bulan.

Mereka juga telah mengemaskini laman FAQ Unifi  di laman web TM dan telah memadam maklumat berkenaan kenaikan harga selepas 24 bulan.

Harga Unifi 100Mbps Turbo Naik Selepas 24 Bulan Kontrak | Bermula 9 November 2018

Kalau sebelum ni kita boleh memohon pakej Unifi 100Mbps dengan harga RM129 dan RM159 dengan TV box beserta full channel Unifi TV, kali ini TM telah mengeluarkan pakej tersebut dari senarai jualan.

Bermula hari ini, pakej baru yang diperkenalkan adalah hampir sama dengan Unifi 100Mbps sebelum ini tetapi ada sedikit perubahan dibuat.

  • 100Mbps @ RM129 Dengan Ruby/Varnam/Aneka Pack; TANPA STB (Set-Up-Box). (Harga Asal RM159)
  • 100Mbps @ RM159 Dengan Unifi TV Ultimate Pack; DENGAN STB (Set-Up-Box). (Harga Asal RM189)

Kalau kita lihat, memang sama je dengan promosi sebelum ni tapi perubahan yang dimaksudkan adalah harga selepas kontrak. Harga selepas kontrak berubah kepada harga asal semula seperti di bawah :

  • 100Mbps @ 159 Dengan Ruby/Varnam/Aneka Pack; TANPA STB (Set-Up-Box).
  • 100Mbps @ RM189 Dengan Unifi TV Ultimate Pack; DENGAN STB (Set-Up-Box).

Harga tersebut tertakluk pada bulan ke-25 langganan. Selain itu semuanya masih sama. antara kandungan-kandungan seperti di bawah dikekalkan.

  • Tanpa had Kuota (Unlimited)
  • Langganan 24 bulan.

Tentang kontrak pula, pelanggan perlu membayar semua baki bulanan kontrak yang tinggal. Sebagai contoh, baki kontrak masih tinggal 6 bulan untuk cukupkan dua tahun tapi berkeras nak terminate. So anda perlu bayar caj untuk enam bulan bil tersebut pada harga asal dan bukan pada harga promosi. Hati-Hati!

Kadar Panggilan :
Panggilan percuma 600 minit setiap bulan dan seleps 600 minit dihabiskan, caj kadar rata 10 sen/minit untuk semua panggilan talian tetap dan talian mudah alih seluruh Malaysia.

TV content :
RM129 – PERCUMA  Unifi Play TV (Lebih dikenali sebagai HyppTV) dengan Varnam Plus, Aneka Plus & Ruby Plus pack. Tiada STB dibekalkan.

RM159 – PERCUMA Unifi Play TV & Unifi TV dengan Ultimate Pack. STB dibekalkan semasa pemasangan.

Pengguna Streamyx Boleh Mula Semak Kelayakan Naiktaraf Unifi Percuma

Adakah anda pengguna Streamyx? . Telah lama guna Streamyx?

Adakah anda tinggal di kawasan Fiber Optik TM?.

TM telah memberi naiktaraf percuma kepada pengguna Streamyx sehingga 100Mbps. Walaubagaimana pun, naitaraf tersebut adalah bergantung kepada jenis liputan yang ada di tempat anda.

Contohnya anda tinggal di kawasan yang ada liputan fiber optik, anda akan terima naiktaraf percuma  100Mbps kecuali bagi yang tinggal di bangunan bertingkat seperti kondomonium dan pangsapuri yang mana hanya akan menerima naiktaraf sehingga 30Mbps sahaja.

Kenapa 30Mbps? ini adalah kerana capaian kabel ke rumah pelanggan menggunakan kabel tembaga. Tidak seperti kawasan perumahan biasa di mana kabel fiber akan ditarik terus ke rumah anda.

Bagi mereka yang tinggal di kawasan yang tiada liputan Unifi iaitu kawasan tiada infra fiber optik, naiktaraf percuma kepada 8Mbps akan diberikan.

Bagaimana nak semak?

Mudah saja. Hanya perlu ke laman web ini :

check.unifi.com.my/streamyxupgrade

Isikan maklumat yang diperlukan. Maklumat yang diperlukan adalah seperti contoh di bawah :

Name : Ahmad Bin Abu

New IC : 88940-00-0090

Service ID : fasya@unifi    atau fasha@streamyx

Untuk service ID ni, senang je nak tahu. Cari bil TM anda dan tengok pada muka surat kedua atau ke tiga. Cuba lihat maklumat seperti di dalam gambar di bawah. Pada menu Broadband tu, ada tertulis No. Perkhidmatan. So ID yang saya sembunyikan tu adalah service ID. jadi masukkan saja id tersebut.

Semaklah segera dan jangan lepaskan peluang mendapatkan internet berkelajuan tinggi tanpa penambahan wang!

Bagi yang belum mempunyai talian Streamyx atau Unifi di rumah atau premis perniagaan anda, boleh berhubung dengan saya untuk pendaftaran. Saya memberi khidmat seperti di bawah :

Rumah Kediaman Dan Premis Perniagaan 

  • Pendaftaran Baru – Unifi
  • Naiktaraf ( Upgrade ) dari Streamyx Ke Unifi (Harga Pakej Baru)
  • Pendaftaran Baru – Broadband (Streamyx)

Boleh berhubung dengan saya melalui talian 019-9377 794. Kawasan perkhidmatan adalah di kawasan Kuala Lumpur, Selangor, Kuantan dan Kuala Rompin.

Panduan Lengkap Pemasangan UniFI Beserta Caj

Post ini saya kemaskini pada 30/5/2019 dengan pelaksanaan panduan dan caj pemasangan terbaru yang dikeluarkan oleh pihak Telekom Malaysia Berhad. Dengan kemaskini ini, segala jawapan yang telah saya jawab sebelum ini mungkin berlainan. Harap maklum.

 

Untuk yang ingin mendaftar UniFI, pasti anda tertanya-tanya berapakah kos pemasangan UniFI yang perlu disediakan bagi kediaman mahu pun premis perniagaan. Adakah ia percuma atau anda akan dicaj?

Pastinya kita akan memilih untuk dapatkan pemasangan percuma. Siapa yang tak mahu percuma? . Tapi anda harus ingat, bukanlah ia secara keseluruhanya percuma. Berhati-hati dengan dakyah ejen UniFI yang mengatakan PERCUMA!.

Ada sesetengah ejen yang tidak bertanggungjawab dengan mudah mengatakan semua pemasangan adalah percuma. Tetapi semasa buat pemasangan, ada perkara yang pelanggan dikenakan caj. Ini mengakibatkan masalah jika anda tidak bersedia, tidak menyangka atau tidak berbincang dengan pemilik rumah (Jika rumah sewa).

Untuk lebih jelas lagi hal ni, cuba anda lihat dalam gambar di bawah . Ia adalah gambaran yang menerangkan cara pemasangan bagi UniFI di luar premis anda. Ada dua jenis DP (Distribution Point) iaitu jenis Overhead iaitu di tiang dan satu lagi jenis on ground. Biasanya On Ground di letakkan di hadapan rumah.

Luar Premis Pelanggan

#1 Untuk Situasi Pertama – DP On-Ground

Rujuk pada gambar di atas. DP tersebut berada di luar pagar atau luar premis anda. Merujuk kepada senario tersebut, mana-mana kaedah pemasangan kabel mengikut kaedah ‘Standart Installation’ adalah di tanggung kosnya oleh pihak TM.

Kecuali anda mohon pemasangan kabel di buat melalui kaedah underground . Ia adalah di luar skop TM. Jadi anda harus mencari kontraktor sendiri yang bertauliah untuk kerja-kerja pemasangan kabel dan setelah kerja-kerja siap dibuat, boleh beritahu ejen/pihak TM di mana anda berurusan pendaftaran UniFI dibuat untuk proceed kerja-kerja pemasangan. Anda harus berurusan sendiri dan mencari mana-mana kontraktor yang buat kerja-kerja tersebut.

P/S : Untuk kerja-kerja cabling yang melibatkan custom installation atau memerlukan kontraktor luar untuk berhubung, mana-mana pemasangan yang melibatkan pelanggan saya sendiri (Hafizal), akan saya bantu untuk urusan melibatkan kontraktor dan dengan pihak pengurusan TM HQ Pahang. Untuk permohonan yang tidak melalui saya,  mohon berurusan terus dengan ejen/TM sendiri kerana saya tiada data dan kekangan akses untuk order anda tersebut.

#2 DP On Pole (Tiang)

Daripada DP terus ke rumah, caj untuk tarik kabel ke point rumah akan di tanggung oleh pihak TM. Berbeza pula jika anda mohon untuk pemasangan melalui underground cabling. Anda akan di caj RM200 untuk 10 meter pertama dan RM10 untuk tambahan panjang seterusnya.

Di Dalam Premis Pelanggan

#1 Pendawaian Dalaman 

Dari Entry Wall terus peralatan UniFI anda, untuk jarak 50 meter, kos kabel dan pendawaian tersebut di tanggung oleh pihak TM. Tetapi caj RM10/meter akan dikenakan untuk tambahan jarak selepas 50 meter pertama.

Raceway casing akan disediakan untuk melindungi kabel sehingga 30 meter pertama dan caj tambahan RM5/meter akan dikenakan selepas 30 meter tersebut.

#2 Pendawaian Melalui Siling

Bagi pendawaian di atas siling, anda akan dicaj RM60 untuk jarak 10 meter pertama dan RM10/meter bagi tambahan selepas 10 meter.

Pengalaman

Antara pengalaman yang saya lalui adalah, terdapat satu rumah pelanggan yang mana ‘manhole’ untuk naik ke siling jauh dari lokasi point kabel entry wall dan di atas siling tersebut ada sekatan dinding yang menghalang kontraktor bergerak ke entry wall seterusnya membuat kerja-kerja pendawaian kabel di atas siling.

Satu-satu cara untuk selesaikan kerja tersebut adalah dengan naik ke atas bumbung dengan membuka atap. Perlu anda tahu, perkara ini adalah luar skop kerja kontraktor dan menyalahi prosedur kerja TM. Kontraktor tersebut menyaran pelanggan menukar manhole di siling ke tempat lain dan pelanggan akur. Kerja-kerja pemasangan selesai.

Saya akan kongsikan nanti perkara yang menjadi kesalahan tersebut dalam post akan datang.

 

Penafian

Saya ingin menegaskan yang saya bukanlah kontraktor yang terlibat dengan kerja-kerja pemasangan apatah lagi terlibat dengan kerja-kerja teknikal TM. Segala pengetahuan yang saya kongsikan adalah dari pengalaman kontraktor, pengalaman saya berurusan, dan juga ilmu yang disampaikan oleh pihak TM kepada saya. Mohon jangan salah faham. Jika ada kesalahanan, saya mohon maaf.

Terdapat beberapa pihak salah faham dan menggesa saya bekerjasama dalam hal-hal teknikal dan pemasangan yang luar bidang saya. Saya hanyalah wakil jualan yang menjalankan kerja-kerja jualan produk TM.