Category Archives: Pre-Unifi (Streamyx)

Tiada Lagi Set Top Box Untuk Streamyx 8Mbps

Semalam saya terima berita dari ibu pejabat yang memberi info tentang perubahan kepada pakej Streamyx dan unifi.

Sebelum ini, pakej Streamyx 8Mbps didatangkan bersama dengan servis IPTV TM melalui jenama HppTV/unifi TV. Pelanggan yang melanggan pakej ini akan menerima Set Top Box atau biasanya orang sebut TV Box / Anroid box. Hampir 25 saluran asas diberikan kepada pelanggan untuk tontonan dengan bayaran bulanan RM160 (langgan direct from TM) atau RM140 melalui ejen.

Pelanggan juga diberi pilihan untuk melanggan pek unifi TV iaitu pek Aneka Plus, Varnam Plus, Ruby Plus dan juga Ultimate dengan bayaran tambahan.

Tapi bermula semalam 15/1/2019, TM telah mengubah pakej 8Mbps ini dengan tidak lagi memberikan Set Top Box, akses kepada unifi playTV, dan juga Unifi TV. Malah pakej ini menjadi pakej biasa seperti pakej Streamyx yang lain.

Selain dari Set Top Box, tempoh kontrak juga diubah menjadi 12 bulan sahaja. Namun saya masih mempunyai kuota pendaftaran untuk pakej 8Mbps + Unifi TV Box + unifi play TV dengan harg RM140.

Saya bukan pendaftaran sehingga 25 Januari 2019 atau sehingga kuota yang diberikan kepada saya habis. Kepada yang berminat, boleh berhubung dengan saya terus untuk mendapatkan keterangan dan membuat pendaftaran.

Untuk berkenaan pendaftaran produk Unifi Fiber, Unifi Wireless, TM Broadband Streamyx, dan juga Unifi Mobile Postpaid, boleh berhubung dengan saya sendiri melalui talian:

019-9377 794
Link Whats App : www.wasap.my/60199377794

Bagi mereka yang ingin membuat aduan atau tidak berpuas hati dengan pakej atau servis yang TM tawarkan, Berikut adalah saluran aduan masalah anda.

Facebook : www.facebook.com/weareunifi
Twitter : twitter.com/helpmeunifi
Live Chat 24 Jam: unifi.com.my/chat/index.html
Email : help@tm.com.my
Talian Khidmat 24 Jam : 100 

Garis Panduan Pemasangan Dan Penambahan Tiang Ke Premis Pelanggan

Garis panduan ini saya terima penghujung tahun 2016 dan sehingga kini, masih tiada sebarang perubahan. Jadi saya kira ia adalah info berguna untuk anda semua. Perlu ke sampai nak tambah tiang?.

Bagi kes-kes macam ni kebiasaannya berlaku pada mereka yang bina kediaman di tanah lot. Maksud saya, bukan di kawasan perumahan. Kawasan perumahan ni, kebiasaannya TM akan buat projek infra untuk satu taman terus.

Untuk kes yang memerlukan pemasangan tiang baru, pertama sekali, fahamkan gambarajah di Fig A di bawah

Pendawaian kabel di antara Distribution Point (DP) dan premis pelanggan melibatkan kabel telefon yang disokong oleh GI Integral wire. Bagi memberi perkhidmatan yang baik dan melindungi kabel dari kerosakan, jarak dari DP ke premis pelanggan tak boleh terlalu jauh.

Cuba lihat gambar di Fig A. Jarak antara tiang yang ada DP ke rumah sebaiknya adalah 50 meter sahaja.

Jarak kebiasaanya yang digunakan untuk dalam kawasan bandar dan luar bandar, adalah 50 hingga 100 meter. Tetapi setiap jika lebih dari 50 meter, satu tiang akan di tanam untuk sokongan kabel ke premis pelanggan.

Tetapi ada kes-kes tertentu, jarak antara DP ke premis pelanggan melebih 100 meter dan ini memerlukan penambahan tiang yang banyak.

Jarak maksimum yang dibenarkan adalah 250 meter dengan penambahan tiang. Cuba lihat gambar dalam Fig -C. Untuk pole1 dan pole2, tiang ditanggung oleh TM manakala penambahan tiang dari pole3 hingga 5, di tanggung oleh pelanggan.

Jarak di antara tiang adalah 50 meter. Jadi bersedialah dengan kos yang perlu dikeluarkan. Kos tersebut akan diberikan oleh pihak TM kepada anda sebelum pemasangan di buat. Jika anda setuju, pemasangan akan di buat. Jika tidak, order pemasangan anda akan dibatalkan atau ditolak.

Berapakah Kos Yang Akan Dikenakan?

Saya tak pasti kos sebenar berapa untuk satu tiang. Ada kontraktor beritahu saya, kos di bawah RM100. Tapi kos sepenuhnya akan diberikan kepada anda sebelum pemasangan dibuat. So kalau tanya saya, saya tak tahu kos sebenar.  Saya cuma share garis panduan sahaja.

Pengalaman Saya

Saya pernah beri bantuan untuk kes sebegini cuma lebih dari dua tiang, saya hanya terlibat sekali sahaja. Seingat saya di Kuala Rompin. Untuk kabin sementara di tapak projek pelupusan sampah. Pihak kontraktor bersetuju untuk menanam tiang sendiri mengikut garis panduan yang diberikan oleh Staff TM yang melawat di tapak.

Setelah selesai tiang di tanam, saya di arahkan untuk proses order tersebut. Ada beberapa sebab yang mendesak mereka mendapatkan servis Streamyx ketika itu dan salah satunya adalah mereka memang menggunakan talian telefon, faks dan internet secara sepenuhnya untuk kerja-kerja mereka di tapak.

Dalam kes tersebut, antara yang mereka ambil kira adalah kontrak satu-satu pakej. Jadi disebabkan mereka adalah pelanggan untuk kategori perniagaan, kontrak yang mereka perlu terima adalah dua tahun. Kebetulan pula mereka memang berada di situ untuk dua tahun. Jadi pemasangan diteruskan.

Bagaimana Nak Dapatkan Khidmat Saya?

Saya mohon maaf kerana saya hanya beri khidmat untuk kes-kes begini di kawasan Kuantan sahaja. Untuk lawat tapak/ kediaman adalah satu kerja yang perlu di sini . Kadang-kadang saya sendiri boleh bagi jawapan sama ada boleh diberi servis Streamyx atau tidak. Ada juga yang pihak TM sendiri perlu turun.

Apa Yang Saya Buat?

Saya sendiri biasanya akan pergi ke tapak untuk ambil beberapa maklumat DP dan juga melihat kawasan. Ia akan ambil masa beberapa hari. Jika semuanya selesai, order pemasangan akan diproses dan dikeluarkan.

Bagi yang ingin mendapatkan khidmat saya, boleh isi borang semakan liputan menggunakan borang online di bawah. Saya akan respon secepat yang mungkin.

Borang Semakan :  > Borang Semakan <

Nombor Telefon : 019 – 9377 794 

Facebook Page : www.facebook.com/hafizalbroadband

Instagram : @hafizal_broadband

 

Penafian

Untuk kerja-kerja cabling yang melibatkan custom installation atau memerlukan kontraktor luar untuk berhubung, mana-mana pemasangan yang melibatkan pelanggan saya sendiri (Hafizal), akan saya bantu untuk urusan melibatkan kontraktor dan dengan pihak pengurusan TM HQ Pahang. Untuk permohonan yang tidak melalui saya,  mohon berurusan terus dengan ejen/TM sendiri kerana saya tiada data dan kekangan akses untuk order anda tersebut.

Saya ingin menegaskan yang saya bukanlah kontraktor yang terlibat dengan kerja-kerja pemasangan apatah lagi terlibat dengan kerja-kerja teknikal TM. Segala pengetahuan yang saya kongsikan adalah dari pengalaman kontraktor, pengalaman saya berurusan, dan juga ilmu yang disampaikan oleh pihak TM kepada saya. Mohon jangan salah faham. Jika ada kesalahanan, saya mohon maaf.

Terdapat beberapa pihak salah faham dan menggesa saya bekerjasama dalam hal-hal teknikal dan pemasangan yang luar bidang saya. Saya hanyalah wakil jualan yang menjalankan kerja-kerja jualan produk TM.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Pakej Streamyx Dengan Harga Diskaun?

TM dah tukar nama Streamyx kepada nama UniFI Broadband . Tak tahulah kenapa dia brandingkan unifi ni sampai melupakan terus nama Streamyx. Orang tetap akan kenang Streamyx ni sebenarnya.

Bukan semua kawasan di negara Malaysia ni yang cover fibre optic broadband TM yang diberi nama unifi. Cubalah pergi ke luar bandar. Mana nak dapat unifi.

Jadi pilihan yang ada untuk fix broadband adalah UniFI broadband atau lebih mudah saya sebut sebagai Streamyx..

Rata-rata pengguna di Malaysia ni masih pakai Streamyx sebenarnya. Walaupun muncul macam-macam mobile broadband di Malasia ni, fix broadband jenis Streamyx masih menjadi pilihan.

Kenapa?.

Saya rasa mungkin faktor pengguna yang sukakan istilah ‘unlimited’.

Berbalik kepada kisah bagaimana nak dapatkan Streamyx dengan harga diskaun, cuba lihat dulu harga yang TM offer di website mereka ni..

Menarik? hahaha.. No komenlah.

Kisahnya di sini adalah saya nak offer harga diskaun kepada mereka yang belum ada Streamyx di rumah. Yang dah ada, maaf sebab tak boleh tukar-tukar pakej dengan mudah sekarang ni. .

So… Diskaunnya Adalah..

 

Diskaun Untuk Semua Bakal Pelanggan Baru..

O.k tak dengan harga tu? nak murah lagi setakat ni tak ada. Kalau ada tahun-tahun yang akan datang, boleh la tunggu.

Walaupun harga diskaun, semua yang terkandung dalam pakej adalah sama saja.. so janganlah kerana tak percayakan ejen atau takut nak jumpa ejen, apply melalui online di website mereka tu. Itu adalah harga pasaran yang biasa mereka jual.

Prosedur pendaftaran baru yang lebih selamat…

Bermula Oktober 2016, semua pendaftaran Unifi atau Streamyx memerlukan anda thumbprint jari anda menggunakan alat mykad reader. Macam anda berurusan dengan KWSP atau Bank.. jadi tiada lagi isu pendaftaran palsu atau penyalahgunaan data anda..

Macam mana nak daftar?

Bagi yang berminat untuk mendapatkan UniFI, boleh berhubung dengan saya di talian :

019-9377 7794

WhatsApp Link : www.wasap.my/60199377794/

 

Kawasan Perkhidmatan Saya: 

  1. Kuantan – Pahang,
  2. Kuala Rompin – Pahang,
  3. Selangor,
  4. Kuala Lumpur

 

 

Streamyx 8Mbps RM100? Harga Baru Yang Sangat Cantik!

Update: Pakej Ini Telah Ditarik Semula Oleh Pihak TM Selepas 1 Minggu DiLancarkan

Percaya tak kalau saya bagitau, Pre-UniFI yang dulunya dinamakan Streamyx telah turun harga kepada serendah RM90?.

Saya jangka ini adalah pakej Pre-UniFI yang terbaik untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia bermula hari ini dan akan datang terus. Ini disebabkan harga untuk UniFI adalah bermula dengan RM129. Bukankah lebih baik dengan harga pre-UniFI sekarang dengan 8Mbps hanya RM100 sahaja?.

Baiklah, apa yang terkandung dengan pakej ni sama dengan pakej Pre-UniFI (Streamyx) sedia ada yang dijual oleh TM Point atau online web portalnya. Cuba semak harga asal Pre-UniFI (Streamyx) di websitenya. Anda akan lihat dan terkejut dengan harga tersebut.

Harga Asal Pakej Pre-UniFI (Streamyx)

1Mbps RM110

 

Harga ni memang dari dulu lagi dikekalkan. Tak silap saya dari tahun 2008 atau 2007. Tak ingat sebab masa tu harga Streamyx yang TM jual memang murah. RM88 untuk 1Mbps waktu tu.. tapi sewa telefon kene bayar. So agak mahal juga.

Diskaun Hebat Bagi Pelanggan Baru !

1Mbps hingga 4Mbps hanyalah RM90 sahaja. Manakala 8Mbps RM100. Jimat bukan?

O.k, kalau dah teruja tu, bolehla berhubung dengan saya untuk buat urusan pendaftaran. Tapi maaf banyak-banyak kepada user sedia ada. Saya hanya buat pendaftaran baru sahaja. Untuk urusan upgrade, atau pertukarang pakej, boleh terus berhubung dengan TM.

Lagi saya, saya hanya boleh provide perkhidmatan saya di sekitar Kuantan & Kuala Rompin Pahang sahaja buat masa ni kerana saya tiada wakil di tempat lain.

WhatsApp / Call 019-9377794

 

 

 

Streamyx 4Mbps RM140

Pakej ni popular dulu sebab ia adalah speed yang maksimum ditawarkan sehinggalah pada tahun 2012 Streamyx datang dengan 8Mbps. Tapi belum semua tempat ditawarkan 8Mbps waktu tu.

Huraian pakej ni sama dengan pakej 1 & 2Mbps. Cuma speed, dan harganya berbeza. Satu keistimewaan pakej ni adalah boleh Add On Unifi TV atau dulunya digelar HyppTV. Nanti saya cerita dalam post saya yang lain. Tak nak campur sebab nanti anda nak rujuk senang.

Apa yang boleh dibuat dengan speed 4Mbps ni? boleh download movie atau streaming movie dah bila guna pakej ni…

Apa yang terkandung dalam pakej ni?.

# 1 Kelajuan Untuk Download 4Mbps maksimum & 384K Upload.

Untuk kelajuan muat turun (download) ni, memang kebiasaanya akan dapat lebih dalam 4-4.5Mbps mengikut tempat. Jarang-jarang dapat speed minimum 4Mbps . Saya pernah guna speed 4Mbps ni dan boleh dikatakan antara speed yang baik dan sesuai untuk kegunaan 2-5 orang bagi aplikasi biasa dan aplikasi streaming online, 2 orang sudah boleh.

Untuk upload pula, sama dengan pakej 4Mbps. Speed upload adalah 384Kbps ..bolehlah. Untuk yang tak faham apa kegunaan upload ni, biasanya akan kita nak hantar gambar melalui whatsapp / telegram desktop atau menggunakan email, saat itulah kita gunakan fungsi upload ni. Lagi besar speednya, makin cepatlah kerja upload file ni siap. Lagi satu yang paling mudah nak gambarkan adalah masa backup whatsapp. Kalaulah data dalam whatsapp anda tu besar, speed untuk upload slow, so memang lambat la siap.

 

# 2 Pelan Panggilan Yang Murah

Walaupun sekarang dah jarang orang nak pakai telefon rumah, tetapi mengikut pengalaman saya menjual pakej internet ni, telefon rumah ni biasanya digunakan oleh golongan peniaga online dan juga warga emas. Bagi peniaga online ni, mereka nak gunakan telefon rumah ni sebagai nombor telefon pejabat . Senang nak letak pada business card bagi yakinkan pelanggan yang mereka ada pejabat. Bagi call plan pula, dah tentu dipulun untuk call pelanggan atau pembekal sebab TM panggilan percuma kepada semua talian tetap TM seluruh Malaysia dan juga caj RM0.10 sen sahaja seminit untuk call ke talian mudah alih.

 

# 3 Telefon Cordless Yang Ohsem Diberi PERCUMA.

Telefon cordless ni sebenarnya ada yang murah dan ada yang mahal.. serendah RM100 biasanya dah boleh dah ni. Cuma apa salahnya jika dapat PERCUMA dari TM alang-alang dah langgan pakej internet diaorang kan. Ambik jela.

Telefon cordless ni jaminan kerosakannya hanya setahun. Syok tepon ni sebab boleh daftarkan caller ID dan juga boleh di bawa ke mana-mana dalam kawasan rumah macam dalam tandas ke, dapur ke, belakang rumah ke.. Sebab telefon ni berfungsi gunakan elektrik dan bateri caj semula.

Bagi kawasan yang boleh ditawarkan servis caller ID, boleh langgan di TM Point atau semak di sana. Ia berfungsi kalau nak tahu siapa yang call, siapa yang miss call. Senang kita nak contact balik atau tak nak jawab… bawah ni saya letakkan satu contoh gambar telefon cordless. CONTOH o.k, jangan lah mengharap sangat dapat model macam ni. Bergantung pada stok la.

 

# 4 Modem Wireless (WIFI) Diberi PERCUMA.

Alat ni kalau tak ada, memang tak berinternet la. Alat ni adalah kombinasi 3 dalam 1.

  • Modem ADSL
  • Router
  • Switch

So ia berfungsi tukar singnal analog telefon tu ke signal digital bagi dapatkan internet. Boleh share ramai-ramai internet melalui dua cara.

  1. Kabel UTP
  2. Wireless (WiFi)

Sebab tu ada orang mintak kalau boleh tak nak pasang telefon rumah untuk kurangkan harga pakej yang nak dibayar tu.. tapi kecewa. Sebab kot mana pun, memang perlukan telefon rumah untuk dapatkan signal. Jadi kalau rasa tak nak pakai telefon rumah tu, cabut je la. Simpan. Kalau tak nak, bagi saya . Boleh saya jual je. Hahaha. Tapi time nak call 100 biasanya memang saya akan gunakan telefon rumah. Sebab PERCUMA.

 

# 5 Unlimited!. Tak Perlu Fikir Data Habis.

Kalau guna broadband internet yang ada data kuota, susah hati sikit bila kita ni suka download movie ke, online video ke, lebih-lebih lagi yang guna Windows 10. Aplikasi dia suka benor download update Windows dia. Setakat yang saya tahu, tak ada cara nak hentikan update tersebut. So ia gunakan Data yang besar. Ini setakat yang saya tahulah. Sebab kalau anda yang pakar, mungkin boleh hentikan dengan cara teknikal. Tapi semua orangkah tahu?

 

Macam mana nak mohon?

Langkah pertama, Whats App / call / telegram saya untuk semak lokasi. Berikan saya alamat penuh untuk kerja-kerja semakan bagi dapatkan maklumat yang tepat. Nanti kalau cerita, sembang sampai teruja baru nak check alamat, tiba-tiba port penuh atau ada masalah lokasi. Tak ke bagi harapan palsu?

019-9377 794
(Hafizal)

Link Whats App : www.wasap.my/60199377794

Saya sediakan perkhidmatan sekitar Kuantan & Kuala Rompin Pahang sahaja setakat ni. Untuk kawasan lain belum dapat wakil. Sekarang masih mencari insan yang berminat untuk join saya punya group cari makan ni. Tapi saya nak yang serius dan bersungguh-sungguh. Nantilah saya cerita dalam iklan lain o.k.

P/S:

Ayat-ayat yang ku tulis di atas tu ada yang copy dari huraian pakej 1Mbps (Baca sini). Pakej yang sama, cuma harga dan speed je lain. Takkan saya nak tulis teks lain..penatlah . hahaha

Streamyx 2Mbps RM130

Mengikut pengalaman saya dalam menjual pakej Streamyx start tahun 2010, marah benar prospek kalau dia berkobar-kobar nak langgan Streamyx, dan sangat memerlukan, tapi bila check hanya pakej 2Mbps sahaja boleh di apply sedangkan tambah lagi RM10 boleh dapatkan pakej Streamyx 4Mbps yang lebih laju.

Ini terjadi akibat jarak kabel dengan exchange TM. Tak tahu nak hurai apa tentang exchange ni. Tapi memang kalau makin jauh, makin keciklah speed yang boleh di support atau ditawarkan. So apa boleh buat, apa yang ada, ambik sahajalah jika terpaksa. Kalau tak nak, boleh cuba pilihan telco lain yang unlimited dan lebih stabil.

So apa yang boleh dibuat dengan 2Mbps ni? Haa. kalau 1Mbps tadi boleh buat kerja-kerja biasa macam online, search, tengok Youtube biasa, dan download file, movie, kali ni tambah sikit.. dengar ceritanya boleh gunakan untuk Android Box. Tapi comformkan betul-betul dengan penjual ya..

Apa yang terkandung dalam pakej ni?.

# 1 Kelajuan Untuk Download 2Mbps maksimum & 128K Upload.

Untuk kelajuan muat turun (download) ni, memang kebiasaanya akan dapat lebih dalam 2-2.5Mbps mengikut tempat. Jarang-jarang dapat speed minimum 2Mbps . Saya tak ada pengalaman guna 2Mbps sebab tempat yang saya tinggal walaupun hidup berpindah randah ni tetap ada maksimum 8Mbps. So tak dapat nak ceritakan pengalaman. Tapi boleh rujuk pengalaman saya untuk pakej 1Mbps (Baca Sini : Streamyx 1Mbps).

Untuk upload pula, sama dengan pakej 1Mbps. Speed upload hanyalah 128Kbps ..bbolehlah. Untuk yang tak faham apa kegunaan upload ni, biasanya akan kita nak hantar gambar melalui whatsapp / telegram desktop atau menggunakan email, saat itulah kita gunakan fungsi upload ni. Lagi besar speednya, makin cepatlah kerja upload file ni siap. Lagi satu yang paling mudah nak gambarkan adalah masa backup whatsapp. Kalaulah data dalam whatsapp anda tu besar, speed untuk upload slow, so memang lambat la siap.

 

# 2 Pelan Panggilan Yang Murah

Walaupun sekarang dah jarang orang nak pakai telefon rumah, tetapi mengikut pengalaman saya menjual pakej internet ni, telefon rumah ni biasanya digunakan oleh golongan peniaga online dan juga warga emas. Bagi peniaga online ni, mereka nak gunakan telefon rumah ni sebagai nombor telefon pejabat . Senang nak letak pada business card bagi yakinkan pelanggan yang mereka ada pejabat. Bagi call plan pula, dah tentu dipulun untuk call pelanggan atau pembekal sebab TM panggilan percuma kepada semua talian tetap TM seluruh Malaysia dan juga caj RM0.10 sen sahaja seminit untuk call ke talian mudah alih.

 

# Telefon Cordless Yang Ohsem Diberi PERCUMA.

Telefon cordless ni sebenarnya ada yang murah dan ada yang mahal.. serendah RM100 biasanya dah boleh dah ni. Cuma apa salahnya jika dapat PERCUMA dari TM alang-alang dah langgan pakej internet diaorang kan. Ambik jela.

Telefon cordless ni jaminan kerosakannya hanya setahun. Syok tepon ni sebab boleh daftarkan caller ID dan juga boleh di bawa ke mana-mana dalam kawasan rumah macam dalam tandas ke, dapur ke, belakang rumah ke.. Sebab telefon ni berfungsi gunakan elektrik dan bateri caj semula.

Bagi kawasan yang boleh ditawarkan servis caller ID, boleh langgan di TM Point atau semak di sana. Ia berfungsi kalau nak tahu siapa yang call, siapa yang miss call. Senang kita nak contact balik atau tak nak jawab… bawah ni saya letakkan satu contoh gambar telefon cordless. CONTOH o.k, jangan lah mengharap sangat dapat model macam ni. Bergantung pada stok la.

 

# 2 Modem Wireless (WIFI) Diberi PERCUMA.

Alat ni kalau tak ada, memang tak berinternet la. Alat ni adalah kombinasi 3 dalam 1.

  • Modem ADSL
  • Router
  • Switch

So ia berfungsi tukar singnal analog telefon tu ke signal digital bagi dapatkan internet. Boleh share ramai-ramai internet melalui dua cara.

  1. Kabel UTP
  2. Wireless (WiFi)

Sebab tu ada orang mintak kalau boleh tak nak pasang telefon rumah untuk kurangkan harga pakej yang nak dibayar tu.. tapi kecewa. Sebab kot mana pun, memang perlukan telefon rumah untuk dapatkan signal. Jadi kalau rasa tak nak pakai telefon rumah tu, cabut je la. Simpan. Kalau tak nak, bagi saya . Boleh saya jual je. Hahaha. Tapi time nak call 100 biasanya memang saya akan gunakan telefon rumah. Sebab PERCUMA.

Macam mana nak mohon?

Langkah pertama, Whats App / call / telegram saya untuk semak lokasi. Berikan saya alamat penuh untuk kerja-kerja semakan bagi dapatkan maklumat yang tepat. Nanti kalau cerita, sembang sampai teruja baru nak check alamat, tiba-tiba port penuh atau ada masalah lokasi. Tak ke bagi harapan palsu?

019-9377 794
(Hafizal)

Link Whats App : www.wasap.my/60199377794

Saya sediakan perkhidmatan sekitar Kuantan & Kuala Rompin Pahang sahaja setakat ni. Untuk kawasan lain belum dapat wakil. Sekarang masih mencari insan yang berminat untuk join saya punya group cari makan ni. Tapi saya nak yang serius dan bersungguh-sungguh. Nantilah saya cerita dalam iklan lain o.k.

P/S:

Ayat-ayat yang ku tulis di atas tu ada yang copy dari huraian pakej 1Mbps (Baca sini). Pakej yang sama, cuma harga dan speed je lain. Takkan saya nak tulis teks lain..penatlah . hahaha

Mendapatkan Internet Tanpa Had Di Rumah Serendah RM110 Setiap Bulan

Ini adalah review ringkas mengenai pakej TM Broadband 1Mbps yang dulu dikenali TM Streamyx 1Mbps.

Ia adalah pakej yang pernah saya langgan satu ketika dahulu. Terdapat banyak pakej yang diperkenalkan oleh TM untuk kelajuan 1Mbps. Cuma apa yang tiada, saya tidak lagi fokuskan di sini. Apa guna dikenang perkara yang tiada betul?. Saya akan berkongsi pengalaman dan padangan saya tentang pakej ini.

Disclaimer:

Segala penerangan dan kandungan pakej ini adalah berdasarkan oleh pengetahuan yang di terima dari pihak TM semasa latihan. Namun segala pandangan tidak bersandarkan ujian teknikal dari aspek ICT. Oleh itu segala ujian, dan pandangan mungkin mengandungi kesalahan dan mohon teguran di ruangan komen.

Pengenalan

Pakej ini adalah pakej combo yang didatangkan bersama pelan internet dan telefon. Ini adalah pakej internet tanpa had yang murah dan boleh dimiliki untuk kediaman.

Pada asalnya, sebelum kewujudkan pakej ini, pelanggan perlu melanggan dan membayar secara berasingan untuk dapatkan servis internet.

Dua perkara yang berasingan tersebut adalah :

  • Sewa bulanan talian telefon iaitu RM26
  • Bayaran pakej internet dengan modem biasa RM88

Manakala untuk panggilan pula pelanggan dicaj berlainan mengikut kadar biasa. Jadi pelanggan perlu membayar banyak untuk mendapatkan internet beserta talian telefon.

 

Pakej Combo

Pakej combo yang bersama internet dan pelan panggilan ini menghapuskan bayaran untuk sewa talian telefon yang perlu di bayar oleh pelanggan satu ketika dahulu.

Kehadiran pelan ini adalah satu pelan yang mudah dan terbaik untuk dimiliki berdasarkan keperluan. Saya mula aktif dengan blogging dan dunia internet satu ketika dahulu adalah bermula dengan pakej ini.

 

Ciri Khas Pakej Ini

 

# 1 Kelajuan Untuk Download 1Mbps maksimum & 128K Upload.

Untuk kelajuan muat turun (download) ni, memang kebiasaanya akan dapat lebih dalam 1-1.5Mbps mengikut tempat. Jarang-jarang dapat speed minimum 1Mbps . Saya telah berpindah beberapa tempat dan juga pernah downgrade pakej kepada 1Mbps. Jarang dapat rendah dari 1Mbps.

Untuk upload pula, bolehlah. Untuk yang tak faham apa kegunaan upload ni, biasanya akan kita nak hantar gambar melalui whatsapp / telegram desktop atau menggunakan email, saat itulah kita gunakan fungsi upload ni. Lagi besar speednya, makin cepatlah kerja upload file ni siap. Lagi satu yang paling mudah nak gambarkan adalah masa backup whatsapp. Kalaulah data dalam whatsapp anda tu besar, speed untuk upload slow, so memang lambat la siap.

 

# 2 Pelan Panggilan Yang Murah

Walaupun sekarang dah jarang orang nak pakai telefon rumah, tetapi mengikut pengalaman saya menjual pakej internet ni, telefon rumah ni biasanya digunakan oleh golongan peniaga online dan juga warga emas. Bagi peniaga online ni, mereka nak gunakan telefon rumah ni sebagai nombor telefon pejabat . Senang nak letak pada business card bagi yakinkan pelanggan yang mereka ada pejabat. Bagi call plan pula, dah tentu dipulun untuk call pelanggan atau pembekal sebab TM panggilan percuma kepada semua talian tetap TM seluruh Malaysia dan juga caj RM0.10 sen sahaja seminit untuk call ke talian mudah alih.

 

# Telefon Cordless Yang Ohsem Diberi PERCUMA.

Telefon cordless ni sebenarnya ada yang murah dan ada yang mahal.. serendah RM100 biasanya dah boleh dah ni. Cuma apa salahnya jika dapat PERCUMA dari TM alang-alang dah langgan pakej internet diaorang kan. Ambik jela.

Telefon cordless ni jaminan kerosakannya hanya setahun. Syok tepon ni sebab boleh daftarkan caller ID dan juga boleh di bawa ke mana-mana dalam kawasan rumah macam dalam tandas ke, dapur ke, belakang rumah ke.. Sebab telefon ni berfungsi gunakan elektrik dan bateri caj semula.

Bagi kawasan yang boleh ditawarkan servis caller ID, boleh langgan di TM Point atau semak di sana. Ia berfungsi kalau nak tahu siapa yang call, siapa yang miss call. Senang kita nak contact balik atau tak nak jawab… bawah ni saya letakkan satu contoh gambar telefon cordless. CONTOH o.k, jangan lah mengharap sangat dapat model macam ni. Bergantung pada stok la.

 

# 2 Modem Wireless (WIFI) Diberi PERCUMA.

Alat ni kalau tak ada, memang tak berinternet la. Alat ni adalah kombinasi 3 dalam 1.

  • Modem ADSL
  • Router
  • Switch

So ia berfungsi tukar singnal analog telefon tu ke signal digital bagi dapatkan internet. Boleh share ramai-ramai internet melalui dua cara.

  1. Kabel UTP
  2. Wireless (WiFi)

Sebab tu ada orang mintak kalau boleh tak nak pasang telefon rumah untuk kurangkan harga pakej yang nak dibayar tu.. tapi kecewa. Sebab kot mana pun, memang perlukan telefon rumah untuk dapatkan signal. Jadi kalau rasa tak nak pakai telefon rumah tu, cabut je la. Simpan. Kalau tak nak, bagi saya . Boleh saya jual je. Hahaha. Tapi time nak call 100 biasanya memang saya akan gunakan telefon rumah. Sebab PERCUMA.

Macam mana nak mohon?

Langkah pertama, Whats App / call / telegram saya untuk semak lokasi. Berikan saya alamat penuh untuk kerja-kerja semakan bagi dapatkan maklumat yang tepat. Nanti kalau cerita, sembang sampai teruja baru nak check alamat, tiba-tiba port penuh atau ada masalah lokasi. Tak ke bagi harapan palsu?

019-9377 794
(Hafizal)

Link Whats App : www.wasap.my/60199377794

Saya sediakan perkhidmatan di seluruh Malaysia namun tertakluk di beberapa kawasan di setiap negeri. Anda boleh rujuk kawasan perkhidmatan saya di sini . : Kawasan Perkhidmatan