Monthly Archives: August 2021

Pendaftaran Unifi Di Pekan Pahang

Apa khabar anda semua?. Kali terakhir saya update blog ini adalah pada tahun lepas semasa Covid-19 memuncak. Sejak PKP ni, permintaan terhadap langganan internet kian hangat di pasaran. Tak kisahlah telco apa pun tapi memang dah jadi satu keperluan.

Bagi yang tinggal di daerah Pekan-Pahang, pasti anda tercari-cari di mana lokasi TM Point Pekan untuk membuat urusan pendaftaran internet Unifi. Dengan keadaan semasa yang memerlukan internet bagi kerja-kerja dari rumah, pembelajaran dari rumah untuk anak-anak, pasti membebankan jika tiada internet.

Ada ibu bapa yang mengadu kuota data internet mereka tak cukup, kelajuan internet yang perlahan, tak stabil, dan juga tak tahan dengan kos top up yang makin mahal.

Jadi solusi yang terbaik ?

Solusi yang terbaik adalah anda perlukan internet yang jenis talian tetap (Fix Line) serta data unlimited.

Daerah Pekan ni, dulu memang ada satu TM Point. Semasa saya tinggal di Kuala Rompin, Pahang, saya selalu berulang alik ke sini untuk membuat urusan pemindahan, ambil cordless phone pelanggan dan yang berkaitan.

Disebabkan saya adalah ejen jualan, ada banyak perkara yang hanya boleh di buat di TM Point sahaja. Jadi sebab itu saya berulang -alik ke sini.

Perkhidmatan Di TM Point

Antara perkhidmatan yang disediakan di TM Point adalah :

  • Pembayaran bil
  • Pendaftaran
  • Pemindahan
  • Penukaran nama
  • Pendaftaran pakej kerajaan
  • Jualan telefon dan modem wifi
  • Penamatan langganan (terminate)
  • Permintaan servis (Demand Request)

Alamat lokasi dulu adalah di :

No. 87, Jalan Sultan Abdullah, Kampung Pancur, 26600 Pekan, Pahang, 

Lokasinya adalah sebaris dengan CIMB Bank.

NAMUN IA TELAH DI TUTUP PADA TAHUN 2019 kalau tak silap saya…

Dikhabarkan TM Point Pekan akan di buka kembali pada tahun hadapan 2022 atau penghujung tahun 2021. Sekarang masih dalam peringkat renovasi yang asyik tertangguh sejak PKP.

Bagaimana jika ingin membuat pendaftaran Unifi, Streamyx (Unifi Lite) atau Unifi Mobile di Pekan Pahang?

Bagi yang tinggal di Pekan anda boleh membuat pendaftaran Unifi melalui bahagian jualan (sales) di talian 019-9377 794 :

  • Unifi untuk kediaman ( unifi home )
  • Unifi untuk perniagaan ( Unifi Business )
  • Internet Streamyx Kediaman ( Streamyx Home)
  • Internet Streamyx Perniagaan ( Streamyx Business)
  • Talian telefon pascabayar (Unifi Mobile Postpaid)

Adakah info ini berguna untuk anda?

Jika anda ada pertanyaan berkaitan pendaftaran unifi , boleh tinggalkan komen di bawah. Semoga info ini bermanfaat untuk anda semua. Terima kasih

TM Unifi Pekan : 019 – 9377 794 (Pendaftaran/Jualan)

TM Unifi Pekan Contact Number: 019 – 9377 794 (Registration/Sales)

Telekom Malaysia : 100 (Aduan/Kerosakan/Bil)

Telekom Malaysia : 100 (Enquiry/Support/Billing)

p/s : untuk pendaftaran Unifi, Streamyx (Unifi Lite) atau unifi mobile postpaid di kawasan selain dari kawasan Pekan, boleh rujuk senarai kawasan ini untuk perkhidmatan saya : http://www.hafizalbroadband.com/blog/kawasan-perkhidmatan/

sumber video : C’Rox Channel