Monthly Archives: November 2019

Pakej Khas Talian Telefon Untuk Warga Emas – RM59

Masihkah anda mempunyai ibu & bapa?

Masih sihatkah mereka? Saya doakan mereka sentiasa sihat..

Salam takziah dari saya kepada anda jika ibu atau bapa anda telah pergi…

Jika anda masih ada ibu bapa, berapa kerapkah anda menghubungi mereka? bertanyakan khabar, berkongsi cerita, dan setidaknya mengucapkan kata-kata sayang dan rindu?

Saya yakin 100% anda adalah antara anak – anak yang baik dan mungkin juga yang membaca ini antara di kalangan ibu dan bapa yang sentiasa berhubung dengan anak-anak serta ibu bapa masing-masing.

Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan pakej Unifi Mobile telah memperkenalkan kategori baru pek JASA untuk WARGA EMAS. Pakej dengan bayaran bulanan serendah RM59 ini boleh dihadiahkan khas kepada ibu bapa anda yang berumur 60 tahun ke atas.


Apa Yang Menarik Sangat Pakej Ni?


Apa yang menarik sudah tentu satu perkataan yang sentiasa di dalam hati pengguna sebelum memilih sebarang pakej telco iaitu UNLIMITED – TANPA HAD!

Dengan pakej ini , pengguna dapat manfaat besar seperti :

  • Penggunaan DATA TANPA HAD (Unlimited DATA). Tak perlu risau dah ibu bapa atau anda sendiri kehabisan data semasa melayari laman sosial untuk berkongsi cerita, kenangan, dan mendapatkan khabar berita keluarga tersayang.
  • Panggilan TANPA HAD (Unlimited CALL). Luahkan cerita, kasih sayang, rindu kepada keluarga anda, anak-anak, cucu dan sahabat.
  • SMS TANPA HAD (Unlimited SMS). Masih gunakan SMS? . Tak perlu risau kene caj atau kredit tak cukup.
  • Berkongsi internet dengan hotspot 10Gb setiap bulan untuk LTE/4G.
  • Kelajuan internet tanpa had. Walaupun murah, tidak ditetapkan setakat mana kelajuan internet tersebut.

RM59/bulan itu murah bukan?. Masih setia pada telco sedia ada? Jika murah tak apalah, abaikan tulisan saya ni. Tapi semak balik adakah telco tersebut memberikan semua manfaat di atas?.

Janganlah fikir lama-lama. Bukan anda kontrak. Cuba dulu baru tahu. Kalau tak cuba, tak tahu dan selamanya rugi bayar bil telefon mahal tapi ada yang murah ditawarkan. Kalau takut mencuba selamanya kita membazirkan wang pada manfaat yang sama , tapi MAHAL.

Bukankah lebihan wang boleh di simpan, dilaburkan atau disedekahkan pada yang memerlukan kan? atau setidaknya belanja orang yang TERSAYANG?.

Bertindak itu lebih baik daripada asyik mencari kelemahan & membuat perbandingan. Tiada telco yang sempurna. Tapi ada telco yang mungkin sesuai untuk kehidupan anda. CUBA DAHULU.

Boleh terus berhubung dengan saya. Talian saya 019-9377 794.

Guna Whatsapp? Selain save nombor saya, boleh terus chat dengan saya melalui link Whatsapp : https://wa.me/60199377794

Tinggalkan komen anda pada ruangan dibawah agar kita sama-sama boleh berkongsi penyelesaian dan pandangan.

Saya suka untuk membaca setiap komen yang ditinggalkan. Terima kasih saya ucapkan atas feedback anda.

Pendaftaran Melalui Pengesahan Biometrik – Selamatkah Ia?

Siapa yang dalam hidup dia tak pernah guna sekalipun melalui thumbprint verification melalui alat biometrik? Saya yakin 100% ramai yang pernah melalui proses ini semasa berurusan di bank dan sesetengah organisasi.

Sejak tahun 2010 saya berkecimpung dan dunia broadband, pada tahun 2016, proses pendaftaran pelanggan berubah kepada penggunaan alat pengesahan biometrik. Pada permulaan agak sukar kerana terpaksa membawa laptop & tablet ke sana sini namun setelah berbulan-bulan, sudah biasa.

Alat Biometric Jenama IRIS yang kami gunakan.

Baiklah, isunya bukan pada alat tersebut. Tapi proses pendaftaran tersebut. Kenapa sesetengah company seperti TM, Astro dan beberapa syarikat gergasi telco menggunakan proses pendaftaran seperti ini? Adakah kerana semata-mata akur dengan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia?

Manfaat kepada pelanggan adalah dari aspek keselamatan. Tiada lagi isu pendaftaran mana-mana telco atas nama anda sesuka hati tanpa perlu membuat proses verifikasi biometrik terlebih dahulu. Anda tidak perlu risau kerana tiada dokumen kad pengenalan anda disimpan.

Jika anda berhadapan dengan proses pendaftaran menggunakan dokumen seperti salinan kad pengenalan serta perlukan gambar mykad anda, atau passport, sila hati-hati. Dinasihatkan anda membuat sedikit ayat arahan atau selalunya kita sebut sebagai cross pada dokumen anda tersebut – Untuk Kegunaaan ——- SAHAJA.

Pihak kami iaitu team #hafizalbroadband menggunakan pengesahan biometrik di mana proses pendaftaran dibuat tanpa mengambil dan menyimpan dokumen pengenalan anda. Setakat ini masih ada beberapa produk yang masih memerlukan salinan pengenalan diri anda tetapi agak sedikit dan akan menghampiri ke arah proses pendaftaran yang lebih selamat dalam masa terdekat.

Jika anda perlukan khidmat saya dan team saya untuk mendapatkan internet serta IPTV di kediaman anda, boleh berurusan di talian 019-9377793. Rangkaian team kami hampir meliputi seluruh Malaysia.

Simkad Pascabayar Tanpa Had Dari TM Boleh Di Dapati Dengan Bayaran Bulanan Serendah RM59

Anda sekarang sedang pakai telco apa? Unlimited tak? Maksud saya call boleh call tanpa fikir kehabisan minit atau kredit, juga tak perlu risau tentang data habis dan jika ada lagi yang gunakan SMS, tak perlu risau pun habis kredit atau dicaj lebih.

Kalau bayaran bulanan pun dah sampai lebih RM100, adalah lebih baik pertimbangkan untuk berpindah masuk ke telco yang lebih murah dan memberikan perkara-perkara berikut kepada anda :

  • Data tanpa had (Unlimited data)
  • Panggilan tanpa had (Unlimited call)
  • SMS tanpa had (Unlimited SMS)
  • Harga yang murah (Cuma RM59)
  • Liputan rangkaian luas (Coverage luas)
  • Kelajuan tidak dihadkan (No capped)
  • Data hotspot 10Gb LTE setiap bulan.

Jika anda rasa semua yang disenaraikan di atas dah ada pada talian telco yang sedang anda gunakan, abaikan tulisan saya ni.

TM dengan produk Unifi Mobile telah membuka pendaftaran pakej Unifi 99 kepada harga RM59 dengan komitment kontrak 12 bulan. Dengan ini, semua orang boleh mendaftaran pakej Unifi Mobile RM59 tanpa mengira kategori.

Sebelum ni TM membuka pelan Unifi Mobile RM 59 dengan branding JASA Pack pada kategori-kategori di bawah :

  1. Pelajar Open Universiti Malaysia
  2. Warga Emas
  3. Kakitangan Kerajaan
  4. Orang Kelainan Upaya
  5. Peniaga Yang Menggunakan Unifi Business.
  6. Staff Kepada Majikan Yang Menggunakan Unifi Business.
  7. Kakitangan Syarikat-Syarikat Swasta Tertentu.

Namun semua kategori di atas dikecualikan dari terikat dengan kontrak. Tapi bagi saya jika produk bagus, apa kisah dengan kontrak bukan?.

Jika boleh bayar lebih murah dan dapat manfaat yang besar, kenapa masih perlu bayar mahal dengan manfaat yang kecil dan terhad?

Atau anda masih tak faham dan ada pertanyaan?

Boleh terus berhubung dengan saya. Talian saya 019-9377 794.

Guna Whatsapp? Selain save nombor saya, boleh terus chat dengan saya melalui link Whatsapp : https://wa.me/60199377794

Tinggalkan komen anda pada ruangan dibawah agar kita sama-sama boleh berkongsi penyelesaian dan pandangan.

Saya suka untuk membaca setiap komen yang ditinggalkan. Terima kasih saya ucapkan atas feedback anda.