Monthly Archives: July 2019

Bagaimana Tukar Pelan Unifi Mobile Sedia Ada Kepada Pek Jasa RM59?

Adakah anda kakitangan kerajaan? . Adakah anda pengguna talian telefon yang masih membayar pakej internet serta panggilan dengan harga yang mahal?.

Gunakan kerjaya anda untuk memiliki pakej internet untuk telefon anda dengan harga RM59/bulan – Panggilan, SMS serta dan tanpa had! (Unlimited)

Saya dapat pertanyaan ini hari ni. Mesej ni adalah dari pelanggan saya – Streamyx.

Beliau adalah kakitangan kerajaan. Sudah memilik pelan Unifi Mobile (a.k.a Webe). Pelan RM79 ni adalah pelan mula-mula diperkenalkan oleh TM melalui jenama Webe. Ia sudah tidak dibuka pendaftaran sejak Mei Januari 2018.

Apa yang beliau nak adalah kekalkan nombor asal (pelan RM79) kepada pakej Pek Jasa Unifi Mobile RM59 kerana beliau layak. Namun ia tidak dibenarkan buat masa ini.

Pilihan yang ada hanya daftar pek Jasa dengan nombor baru (tambah talian). Perkara ini juga bukanlah hanya untuk pelan RM79. Tapi juga untuk pelan-pelan lain iaitu pelan RM99/79/39/29/19 serta pakej RM59 selain pek Jasa.

Bagi kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat, jangan buang masa terlalu banyak menilai kerana pelan ini murah dan jugak berbaloi.

Jika anda tidak berpuas hati dengan liputan atau bermasalah, anda boleh berpindah ke telco lain bila-bila masa sahaja kerana ia tiada kontrak.

Pakej ini juga dibuka kepada semua kakitangan kerajaan berstatus kontrak.

Tinggalkan komen di bawah jika anda ada apa-apa pandangan dan juga pertanyaan.

Boleh terus berhubung dengan saya. Talian saya 019-9377 794.

Guna Whatsapp? Selain save nombor saya, boleh terus chat dengan saya melalui link Whatsapp : https://wa.me/60199377794

Penurunan Harga Streamyx 8Mbps Kepada RM89

Mungkin ramai antara kita adalah pengguna Streamyx. Ada yang lebih beruntung telah pun dapat perkhidmatan Unifi iaitu Fiber Optik. Lebih laju, lebih stabil dan lebih berbaloi dari aspek harga.

Semenjak saya menjadi ejen pada tahun 2010, harga pakej Streamyx memang tak berubah kecuali ada pakej diskaun – Streamyx Streamyzer .

Hari ini TM mengumumkan harga baru Streamyx serta beberapa penyelesaian kepada kawasan yang masih belum mendapat liputan internet dan juga yang paling utama adalah penyelesaian kepada pengguna Streamyx di kawasan yang ada kekangan infrastruktur tembaga (Copper).

Ini adalah pakej Streamyx sedia ada sekarang.

Menurut Telekom Malaysia (TM) dalam satu pengumuman hari ini, harga Streamyx akan diturunkan.

“Kami juga gembira untuk mengumumkan pakej jalur lebar baru buat pelanggan kediaman pada harga RM89/bulan yang memberikan kepantasan sehingga 8Mbps, manakala pelanggan kediaman Streamyx yang sedia ada juga boleh menikmati pakej yang sama hanya pada harga RM69/bulan,” kata TM dalam suatu kenyataan hari ini.

Tetapi, masih ramai yang merungut kerana perkhidmatan Streamyx sudah ketinggalan dan untuk menaiktaraf kepada Unifi pula, mereka tidak dapat berbuat demikian kerana kekangan liputan Unifi.

Namun begitu, selain penurunan harga, penyelesaian lain kepada kekangan liputan fiber optik (Unifi) ini juga di umumkan.

“Kami akan mengatasi kekangan yang dihadapi oleh rangkaian tembaga menerusi pelbagai teknologi seperti fiber, wayarles dan GigaWire. Penambahbaikan ini akan dilaksanakan secara berfasa mulai hari ini hingga 2021.

“Kami berharap agar dapat meningkatkan pengalaman internet untuk sekurang-kurangnya 70 peratus pelanggan menjelang akhir 2020,” kata TM lagi.

Pelan tersebut telah dikemukankan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di mana pihak SKMM telah menegur TM untuk menangani aduan pelanggan Streamyx.

Setakat ini menurut TM, pelanggan unifi yang telah di naiktaraf kepada kelajuan yang lebih tinggi berjumlah 973,000 dan masih berbaki 934,000 pengguna Streamyx yang memerlukan penyelesaian melalui pelan tersebut.

Pengerusi TM Group i Rosli Man berkata syarikat itu komited untuk menangani isu di kalangan pengguna rangkaian tembaga (Copper). – Streamyx

“Kami komited untuk menyelesaikan isu Streamyx dan yakin pelan itu merupakan cara untuk mengatasi bukan sahaja batasan terhadap rangkaian jalur lebar tembaga tetapi juga meletakkan asas bagi pengalaman internet yang lebih baik untuk semua pelanggan sedia ada dan pada masa depan di seluruh negara.

“Kami mengalu-alukan pendekatan kerjasama, bekerja dekat dengan kerajaan, kementerian dan SKMM untuk menyampaikan pengalaman jalur lebar berkelajuan tinggi ke arah mencapai aspirasi Malaysia negara digital,” katanya dalam satu kenyataan.

Tahun lepas 2018, TM telah mengeluarkan pakej yang murah juga. RM100 untuk 8Mbps dan RM90 untuk 4Mbps ke bawah . Harga yang dinyatakan itu sangat berbaloi pada waktu itu kerana pakej 8Mbps didatangkan dengan kemudahan IPTV (Unifi TV).

Tak sampai satu minggu, pakej tersebut ditarik balik. Ramai pengguna sedia ada telah membuat aduan dan permintaan untuk menukar pakej. Namun pakej tersebut hanya untuk pengguna baru sahaja.

Kali ini TM melibatkan pengguna sedia ada. Ini adalah tindakan yang baik pada pendapat peribadi saya. Kerana pengguna sedia ada telah membayar harga yang agak tinggi.

Tindakan penurunan harga ini adalah salah satu perkara yang dinanti-nantikan oleh semua pengguna Streamyx. Selain itu, penyelesaian kepada masalah infrastruktur sedia ada juga adalah tindakan yang baik setelah bertahun-tahun.

Apa sekalipun, pengguna Streamyx sedia ada dan baru perlu menunggu pelancaran dan pelaksanaannya nanti. Buat masa ini belum ada info jualan.

Kepada yang menanti seperti saya, bersyukurlah dengan penurunan harga ini. Bagi saya ia adalah harga mampu milik untuk semua rakyat Malaysia. Sama-samalah kita tunggu perasmiannya dan pelaksanaannya.

Jika anda ada pandangan, pertanyaan yang bermain di fikiran , bolehlah tinggalkan komen. Saya cuba jawab mana yang boleh.

Senarai Lengkap Saluran Unifi TV Bermula Julai 2019

Berikut adalah senarai saluran Unifi TV yang TM tawarkan bermula Julai 2019. Dibahagikan pada 7 kategori.

  1. Pelanggan Unifi (Kediaman)
  2. Pelanggan Unifi (Perniagaan)
  3. Pelanggan Streamyx (8Mbps & 4Mbps)
  4. Pelanggan Streamyx (Perniagaan) (8Mbps & 4Mbps)
  5. Untuk kemudahan seperti hotel
  6. Unifi PlayTV (Pelanggan TM)
  7. Unifi PlayTV (Bukan Pelanggan TM)
Pelanggan Unifi (Kediaman)
Pelanggan Unifi (Perniagaan)
Unifi TV Untuk Pelanggan Streamyx 4 & 8Mbps (Kediaman)
Pelanggan Streamyx (Perniagaan) (8Mbps & 4Mbps)
Untuk kemudahan seperti hotel
Unifi PlayTV (Pelanggan TM)
Unifi PlayTV (Bukan Pelanggan TM)

Daripada senarai di atas, ada tak saluran-saluran yang anda berkenan?

Atau anda ada perkara yang tak faham tentang Unifi TV?

Boleh terus berhubung dengan saya. Talian saya 019-9377 794.

Guna Whatsapp? Selain save nombor saya, boleh terus chat dengan saya melalui link Whatsapp : https://wa.me/60199377794

Tinggalkan komen anda pada ruangan dibawah agar kita sama-sama boleh berkongsi penyelesaian dan pandangan.

Saya suka untuk membaca setiap komen yang ditinggalkan. Terima kasih saya ucapkan atas feedback anda.

Unifi AIR Pengganti Streamyx?

Beberapa hari lepas kecoh dalam group satu model router yang menjadi rebutan ramai tentang isu satu pelan cadangan TM yang dinamakan Unifi AIR. Ia dikatakan untuk menggantikan pelan Streamyx.

Ini adalah pendapat peribadi saya. Disebabkan ramai yang melanggan Unifi Wireless semata-mata untuk dapatkan router Huawei B618-65D, TM telah menggantikan pelan tanpa kontrak Unifi Wireless dengan Unifi AIR. Banyak TM Point dan reseller tidak re-stock router ini dan seperti benar akan kemunculan Unifi AIR ini dalam masa terdekat.

Apa yang menarik adalah sebelum ini Unifi Wireless mengenakan kuota 60Gb tetapi kali ini dengan pelan cadangan ini, bayaran bulanan hanya RM79 dan tiada kuota. Jadi unlimited!. Tambahan pula TM memberikan satu bulan percubaan terlebih dahulu. Kelebihannya pelan ini pelanggan tak perlu membayar harga router RM565.

Pelan yang dicadangkan untuk pelanggan Streamyx ini didatangkan dengan 24 Bulan kontrak bersama router Huawei B618-65D dan slot simkad hanya khas untuk simkad Unifi sahaja. Tidak seperti sebelum ini, pelanggan Unifi Wireless bebas untuk memasukkan simkad dari syarikat telekomunikasi lain dan menamatkan langganan Unifi Wireless.

Melihat terma dan syarat seperti di dalam gambar di atas, TM mengekalkan penalti berdasarkan baki kontrak. Bermaksud, jika anda ingin menamatkan langganan yang berbaki 1 tahun 6 bulan, anda perlu membayar :

RM129 (Harga Asal) X 18 bulan = RM2322.

Bagi yang ternanti-nanti, pada saya, ia masih menggunakan liputan Unifi Wireless. Bukanlah ia menggunakan liputan Unifi Mobile Bebas. Jika ia menggunakan liputan Unifi Mobile Bebas, maknanya liputan Unifi AIR Lebih luas dibandingkan dengan Unifi Wireless.

So boleh semak dahulu liputan Unifi Wireless di sini : https://unifi.com.my/personal/home/wireless-broadband

Saya mengharapkan TM meluaskan liputan Unifi AIR untuk benar-benar menggantikan Streamyx di kawasan yang bermasalah seperti kecurian kabel, dan kegagalan memberikan akses internet serta kawasan yang internet di bawah 4Mbps.

Jadi, tunggu tawaran dari TM. Saya hanya berkongsi berita sahaja. Apa-apa akan saya update kemudian. Buat masa ini, saya tidak mempunyai apa-apa akses untuk mendaftarkan pakej ini serta tiada maklumat lanjut. Jadi harap BERSABAR.

Pek Jasa Unifi Mobile Kakitangan Kerajaan

Alhamdulillah, dengan izin tuhan saya telah berjaya mengharungi demam denggi. Sakitnya bermula pada malam 3hb lalu dan berlanjutan sehinggalah hari terakhir pada 9 Julai 2019. Pada hari tersebut juga saya diwadkan untuk pemantauan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Kepada yang bertanya tentang pakej Unifi Mobile Pek Jasa, maaf saya lambat update dan reply. Saya up iklan di page tapi tak sempat follow up mereka yang bertanya.

Baiklah, Pek jasa ni adalah pelan untuk talian mudah alih tanpa had bagi penggunaan data, panggilan dan SMS. Pakailah banyak mana pun. Bayaran bulanan hanya RM59/bulan (Tak termasuk 6% cukai perkhidmatan-SUDAH TENTU).

Pakej ni dilancarkan pada tahun 2019 kepada guru-guru dan kakitangan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bergred DG, ahli-ahli Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang berdaftar, Angkatan Tentera Malaysia, Veteran Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Saya ada menulis tentang pakej ini sebelum ni. Boleh lihat di sini : http://www.hafizalbroadband.com/blog/pek-jasa-pakej-untuk-guru-tentera-polis/

Tetapi info tersebut sudah tak boleh dirujuk lagi sebab ia adalah info dan produk lama. Jadi dengan lahirnya Pek Jasa Unifi 2019 ni, info tersebut tidak lagi boleh diguna pakai.

Pakej ini kemudiannya turut dibuka kepada semua penjawat awam berstatus TETAP dan KONTRAK yang bertugas dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, termasuklah anggota-anggota Veteran Angkatan Tentera Malaysia, dengan syarat, mereka menggunakan model telefon Band 5 seperti yang tertulis di dalam Terma dan Syarat.

Untuk buat semakan model telefon, boleh rujuk di sini : https://unifi.com.my/mobile/postpaid/phone-compatibility.html