Monthly Archives: February 2019

Perubahan Kontrak & Terma Unifi Home & Business

Ini adalah penerangan tentang perubahan bagi terma kontrak dan penalti untuk pakej unifi kategori kediaman dan perniagaan (home & business).

Kontrak dan caj penalti bagi pakej Unifi & Streamyx 2019

Apa Yang Berubah?

Untuk kategori perniagaan, tiada perubahan. Tapi untuk Streamyx, bermula 2019, semua pakej Streamyx 2019 tempoh kontraknya cuma 12 bulan sahaja. Tiada lagi kontrak 24 bulan bagi pakej 8Mbps kerana pakej tersebut tidak lagi dibekalkan TV Box.

Perubahan seterusnya adalah pakej unifi di mana caj penalti RM600/RM500 tidak lagi dikenakan untuk penamatan langganan dalam tempoh kontrak. Tetapi ia digantikan dengan terma baru iaitu pelanggan perlu membayar caj bulanan bagi tempoh bulan yang tinggal. Faham tak?.

Contoh :

Suraya melanggan pakej unifi turbo deal 100Mbps 2019 pada Januari 2019 dan kontrak 24 bulan. Jadi tamat kontrak pada Disember 2020. Tetapi pada bulan Jun 2019, Suraya ingin menamatkan langganan. Jadi jumlah yang perlu Suraya bayar adalah seperi di bawah:

Nama Pakej : Unifi Turbo Deals 100Mbps 2019
Harga Asal Pakej (Sebelum Diskaun) – RM159.00
Harga Pakej Selepas Diskaun = RM129.00

Kontrak 24 bulan.
Nak tamatkan pada Jun 2019. Baki bulan yang tinggal untuk lengkapkan kontrak 24 bulan adalah 18 Bulan.

Kiraan perlu di bayar : RM159 X 18 Bulan = RM2862.00

Mengapa perlu kira pada harga RM159? Sebab termanya begitu. Perlu bayar pada harga sebelum diskaun. Jadi ini biasanya saya gelar kontrak ikat mati terus dua tahun. Fikir-fikirkanlah sebelum melanggan dan sebelum nak tamatkan langganan disebabkan ada telco lain yang kononnya bagi harga lebih murah. Ingat, murah tak semestinya lebih baik.

Faham tak penerangan saya ni? . Jika tak faham boleh salurkan pertanyaan anda terus ke saluran-saluran di bawah. InsyaAllah mereka bantu. Saya hanya penjual sahaja. Nak mendaftar, boleh terus berhubung dengan saya 019-9377794 :

Facebook : www.facebook.com/weareunifi
Twitter : twitter.com/helpmeunifi
Live Chat 24 Jam: unifi.com.my/chat/index.html
Email : help@tm.com.my
Talian Khidmat 24 Jam : 100 

Caj Unifi PlayTV Di Bil Bulanan

Bagi yang melanggan pakej unifi atau Streamyx yang ada akses unifi PlayTV, anda pasti akan lihat caj unifi PlayTV di dalam bil. Caj yang tertera dalam bil tersebut adalah RM30 kebiasaannya. Jarang yang melanggan pakej Ultimate untuk unifi PlayTV.

O.k, dalam bil unifi atau Streamyx anda akan lihat butiran seperti di bawah:

Contoh Bil Unifi

Paparan di atas adalah pakej unifi 100Mbps Turbo Deal 2019 yang saya telah daftarkan pada awal bulan Febuari 2019 baru-baru ini. Pakej yang dilanggan adalah RM129 setiap bulan.

Ini adalah bil pertama dan kebiasaannya bil pertama memang akan mahal sedikit disebabkan sewaktu pendaftaran dan pemasangan, tiada pembayaran pendahuluan dikutip. Ini untuk memudahkan pelanggan mendapatkan unifi. Segalanya perlu di bayar melalui bil sahaja.

Cuba anda lihat caj bulanan untuk Residential High Speed Internet yang dipaparkan.

CAJ BULANAN

Untuk tarikh 9/2/2019 – 15/2/2019 –

Ini adalah caj prorata (pro-rate) yang dicaj mengikut harian. Kiraan adalah seperti berikut.

RM129 / 31 Hari = RM4.16/hari

Tempoh 9/2/2019 – 15/2/2019 = 7 Hari

Jadi untuk mendapatkan kiraan harian, RM4.16 X 7 hari maka dapatlah nilai RM29.13.

KIRAAN DISKAUN

Mengapa ada diskaun? . Sebenarnya harga pakej unifi sememangnya RM129. Tapi disebabkan dalam pakej ini, TM memberikan diskaun sebanyak RM30, maka terpaparlah amaun diskaun pada bil. Cuba kita lihat kiraan diskaun pula.

Untuk tarikh 9/2/2019 – 15/2/2019 – Diskaun dikira untuk tempoh 7 hari juga.

Jadi RM30 / 31 hari = RM0.97 sen.

RM0.97 X 7 hari = RM6.77 Sen Diskaun untuk 7 hari

Caj Unifi PlayTV Lite

Apabila lihat caj ni dalam bil, ramai yang nak batalkan langganan pakej unifi PlayTV ni. Antara sebab-sebab yang mereka kemukakan adalah :

  • Tak langgan pun unifi PlayTV.
  • Tak tengok unifi PlayTV.
  • Tiada box TV untuk tengok di TV.
  • Tak nak pakej unifi PlayTV.
  • Nak jimat. Jika potong hanya perlu bayar RM99 sahaja.

Sabar, memang caj tersebut di asingkan di dalam bil. Dah masa langgan pun dinyatakan harga pakej RM129. So memang betul-betullah RM129 (RM99+RM30). Memang takkan boleh nak buang pakej ini kerana ia didatangkan bersama dengan unifi internet.

Mengapa ia di asingkan adalah kerana harga untuk pakej unifi PlayTV adalah berbeza. Untuk pakej Varnam Plus Pack, Ruby Plus Pack, Aneka Plus Pack, memang harganya RM30 dan ada masih lagi membayar harga langganan bulanan RM129 (RM99+RM30).

Tetapi berbeza bagi mereka yang nak langgan pakej unifi PlayTV saluran penuh (full channel) iaitu unifi PlayTV Ultimate Pack. Pakej ini berharga RM60/bulan. Jadi jika langgan pakej ni, dah tentunya akan terpapar di ruang caj tersebut berharga RM60. Jadi kiraan adalah seperti berikut :

Caj Internet

RM129 – RM30 (Diskaun) = RM99

Caj Unifi PlayTV

RM60

Jumlah Penuh = RM99 + RM60 = RM159.

So jelas tak apa yang saya terangkan? Kalau jelas, syukur kepada tuhan (Alhamdulillah). Tapi kalau tak jelas, boleh ke saluran aduan dan pertanyaan di bawah. InsyaAllah, mereka boleh bantu. :

Facebook : www.facebook.com/weareunifi
Twitter : twitter.com/helpmeunifi
Live Chat 24 Jam: unifi.com.my/chat/index.html
Email : help@tm.com.my
Talian Khidmat 24 Jam : 100 

Pakej TM Broadband (Streamyx) 2019

Awal tahun 2019 lalu, TM telah bertindak untuk tidak lagi membekalkan Set Top Box untuk tontonan unifiTV di televisyen. Jadi pengguna Streamyx hanya akan menerima modem wifi dan juga set telefon cordless.

Masih mengekalkan harga yang sama di website mereka, apa yang berubah adalah :

  • Tempoh kontrak bagi pakej Streamyx 8Mbps telah dipendekkan menjadi 12 bulan iaitu sama dengan pakej bagi 1Mbps, 2Mbps dan 4Mbps.
  • Tiada lagi pilihan untuk pelanggan Streamyx 4Mbps bagi mendapatkan Set Top Box.

Bagaimana pula dengan caj denda bagi pelanggan yang menamatkan langganan dalam tempoh kontrak?

Ya, RM350 bayaran denda masih lagi dikekalkan tanpa perlu membayar caj bulanan untuk baki bulan yang tinggal.

Harga Pakej TM Broadband (Streamyx) Yang Ditawarkan Oleh TM Di Website mereka)

Jika di lihat harga pakej yang ditawarkan di atas ni, ia adalah harga pasaran yang TM telah tetapkan. Jadi bagaimana nak dapatkan harga diskaun?.

Saya boleh bantu untuk dapatkan harga diskaun untuk pakej yang sama. Berikut saya paparkan harga diskaun yang saya tawarkan.

Harga Diskaun Yang Kekal Selagi Anda Langgan

Apakah kandungan pakej TM Broadband (Streamyx) 2019?

  • Panggilan percuma ke semua talian tetap TM seluruh Malaysia.
  • Caj panggilan 10sen/minit untuk talian mudah alih ke seluruh Malaysia.
  • Modem wifi percuma dengan jaminan kerosakan selama satu tahun.
  • Satu set telefon cordless dengan jaminan kerosakan selama satu tahun.

Jadi, bagaimana nak dapatkan harga diskaun untuk pakej Streamyx di atas?.

Caranya mudah sahaja. Anda boleh dapatkan khidmat saya untuk menguruskan permohonan Streamyx anda. Anda hanya cuma perlu berhubung dengan saya di talian 019-9377 794 atau boleh klik whatsapp link dan telegram link seperti di bawah :

Whatsapp : https://bit.ly/2BvmQsW

Telegram : https://bit.ly/2tfUqhX

Saya akan bantu anda untuk urusan permohonan sehingga pemasangan selesai dilakukan. Namun terlebih dahulu saya akan buat semakan untuk liputan unifi. Jika ada port terdekat yang terdekat boleh di tarik, saya akan usahakan (untuk kawasan Kuantan SAHAJA).

Bagi yang tinggal di kawasan lain, saya juga menyediakan khidmat pendaftaran. Boleh semak kawasan perkhidmatan : http://www.hafizalbroadband.com/blog/kawasan-perkhidmatan/