Monthly Archives: November 2018

Senarai Penuh Liputan Unifi Wireless Di Kuantan Pahang

[update 23 April 2022– Ini adalah pakej lama]

Siapa yang dah cuba Unifi Wireless? Berbaloi tak dengan bayaran bulanan dan speed yang diterima? .

Saya ada tulis panjang lebar tentang pakej Unifi Wireless ( Rujuk Di Sini ). Ia menggunakan sambungan LTE 4G -FDD. Servis ini boleh digunakan di kawasan liputan Unifi Wireless. Ia tidak memerlukan pendawaian di rumah, malah tiada tebukan dinding yang perlu di buat.

Di Kuantan saya lihat ada beberapa lokasi yang telah ditambah liputan. Terpulang kepada pelanggan yang ingin memilih. Sebagai contoh, ada lokasi yang mempunyai liputan Streamyx tetapi maksimum yang boleh dicapai adalah 8Mbps dengan bayaran bulanan untuk pakej 8Mbps adalah RM140.

Dengan menggunakan Unifi Wireless, sekurang-kurangnya anda akan menerima speed internet 10Mbps ke atas dengan bayaran bulanan RM79 sahaja. Namun anda perlu juga menilai keperluan dan kehendak anda sesuai dengan infra yang ada.

Kelebihan Unifi Wireless

  • Tiada Kontrak. Boleh di tamatkan bila-bila masa.
  • Router yang dibekalkan tidak ‘lock’ dan boleh masuk simkad mana-mana telco lain yang anda fikirkan terbaik.
  • Tiada pendawaian diperlukan.
  • Menggunakan signal 4G LTE – FDD yang lebih stabil.
  • Bayaran bulanan hanya RM79 sahaja.
  • Pendaftaran yang mudah dan tiada deposit.

Kekurangan Unifi Wireless

  • Perlu beli router Huawei B618 dengan harga RM565.
  • Perlukan pengesahan lokasi liputan.

Bagi saya, anda perlu cuba dahulu dan jika tidak memuaskan hati, boleh tamatkan langganan dan cuba dengan telco lain.

Ini adalah senarai penuh lokasi yang terlibat dengan liputan Unifi Wireless;

  1. Perkampungan Indera Sempurna Kuantan
  2. Jaya Gading.
  3. Taman Pandan Damai
  4. Taman Tas
  5. Bukit Rangin
  6. Taman Rangin Perdana
  7. Perkampungan Sungai Isaap Damai
  8. Perkampungan Sungai Isap 3
  9. Permatang Badak
  10. Jalan Bukit Ubi – Bandar Kuantan
  11. Jalan Merdeka – Bandar Kuantan
  12. Jalan Masjid – Bandar Kuantan
  13. Jalan Dato’ Lim Hoe Lek
  14. Kawasan Sekitar Stadium Darul Makmur
  15. Perumahan Indera Mahkota 15
  16. Perumahan Indera Mahkota 5
  17. Perumahan Indera Mahkota 2
  18. Perumahan Indera Mahkota 8
  19. Taman Setali
  20. Taman Tunas Jaya
  21. Taman Sri Galing
  22. Perumahan Kubang Buaya
  23. Perumahan Seri Kuantan
  24. Perumahan Taman Beserah
  25. Kampung Jeram
  26. Kawasan UIA
  27. Kampung Darat
  28. Perkampungan Batu Hitam

Prosedur Pendaftaran :

  • Bayaran Router RM565

Sim kad dan router akan dibekalkan kepada anda.

p/s: Ini adalah pakej lama dan tiada lagi di pasaran. Untuk pakej baru, boleh rujuk di sini : https://home.unifi.com.my/personal/home/wireless-broadband

Loading

Harga Unifi Turbo 100Mbps Kekal Selepas 24 Bulan.

Apabila saya mendapat arahan untuk proses semua permohonan baru menggunakan pakej baru bermula 9 November 2018 lalu, pada mulanya saya agak terkejut dengan perubahan yang dibuat untuk pakej Unifi 100Mbps Turbo.

Harga selepas kontrak sahaja yang berubah dan perkara ini saya telah tulis pada post yang lepas . Boleh rujuk di sini :

Harga Unifi 100Mbps Turbo Naik Selepas 24 Bulan Kontrak | Bermula 9 November 2018

Namun pada 17 November lalu, Telekom Malaysia Berhad (TM) melalui laman Twitternya telah memohon maaf atas kekeliruan dan menegaskan bahawa pelan Unifi 100Mbps Turbo mereka akan kekal walaupun selepas 24 bulan.

Mereka juga telah mengemaskini laman FAQ Unifi  di laman web TM dan telah memadam maklumat berkenaan kenaikan harga selepas 24 bulan.

Loading

Pek Jasa – Pakej Mobile Postpaid Murah Untuk Guru, Tentera Dan Polis.

Telekom Malaysia telah memperkenalkan pakej khas untuk guru-guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia pada Mac 2018 lalu iaitu PeK jasa. Para guru yang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia boleh mendapatkan Unifi Mobile tanpa had data, SMS, dan juga panggilan pada harga hanya RM59 sahaja!.

Pek Jasa ini juga telah diperluaskan kepada semua ahli NUTP, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Untuk mendapatkan Pek Jasa di bawah Unifi Mobile ini, syaratnya adalah para guru perlu mempunyai akaun Unifi atau mana-mana pakej TM broadband seperti Streamyx terlebih dahulu. Jika tiada, bolehlah melanggan pakej Unifi 100Mbps RM129 atau pakej Unifi Basic 30Mbps.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan langganan Unifi pada harga diskaun untuk guru ini, boleh menyemaknya di laman rasmi Unifi hari ini, atau ke TM Point berhampiran anda.

Rujukan untuk anda – Laman FAQ TM 

Terma & Syarat – Rujuk Sini

Loading

SKMM Minta TM Beri Penjelasan & Cadangan Selesai Isu Streamyx

Sekarang saya lihat, TM fokus kepada penyelesaian harga, pakej dan kawasan fiber optik iaitu Unifi berbanding dengan kawasan liputan tembaga (copper) iaitu Streamyx.

Pendapat saya sendiri, memang lah kalau boleh seluruh Malaysia ni dilengkapi Unifi fiber optik ni. Tapi saya faham halangan dan kekangan yang ada baik dari aspek kos, infra dan lain-lain yang berkaitan. Semua tu mengambil masa dan kos yang tinggi melainkan kerajaan menyuntik dana modal kepada TM semula di bawah program jalur lebar yang wujud pada kerajaan sebelum ini.

Apa yang saya harapkan adalah pengurangan harga bagi pakej Streamyx. Pakej Streamyx yang pernah ditawarkan kepada rakyat Malaysia iaitu Pakej Jimat Hebat juga sudah memadai.

Berikutan isu Streamyx seperti infra, harga dan lain-lain, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia telah mendesak pihak TM memberi penjelasan tentang isu tersebut dan memberi cadangan.

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) — Kementerian Komunikasi dan Multimedia meminta Telekom Malaysia (TM) memberi penjelasan dan cadangan penyelesaian berkenaan isu ketidakpuasan hati para pelanggan terhadap caj perkhidmatan jalur lebar, Streamyx.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata bahawa beliau telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memanggil TM bagi meminta penjelasan berkenaan perkara ini dan satu laporan akan dikemukakan pada minggu depan.

“TM seharusnya lebih prihatin. Berikanlah penjelasan berkenaan isu Streamyx kepada pelanggan mereka. Apakah cadangan untuk selesaikan isu ini Kalau infra copper Streamyx tidak mampu memberikan kelajuan tinggi, sila nyatakan dan sebut dengan jelas apakah langkah seterusnya” katanya dalam catatan Twitter, hari ini.

Beliau juga menegaskan bahawa tindakan mendiamkan diri bukanlah satu pilihan terutamanya apabila terdapat ramai pengguna Streamyx di negara ini.

“Walau apa pun, TM harus menghargai pelanggan mereka dan memberikan respons…ramai yang mengadu tapi sehingga sekarang, tiada usaha daripada TM untuk terangkan masalah sebenar kepada pelanggannya dan apakah tindakan yang akan diambil,” tambahnya.

Gobind berkata demikian sebagai respons terhadap aduan beberapa pengguna Twitter berhubung akses Internet yang masih mengekalkan harga tidak berpatutan di seluruh negara yang didakwa tidak masuk akal.

— BERNAMA

Mereka mahukan harga yang berpatutan diberikan kepada rakyat. Pendapat & cadangan saya sendiri adalah :

  • Mengurangkan harga pakej.
  • Mengasingkan internet & Unifi TV dan menjadikannya sebagai pilihan. Bukan pakej bersama.
  • Menjadikan pelan panggilan sebagai pilihan tambahan. Bukan pakej bersama.
  • Menukar kabel tembaga kepada fiber optik mengikut kawasan secara berperingkat.

Itu cadangan dan pendapat saya sebagai rakyat Malaysia dan juga yang pernah menggunakan Streamyx.

Loading

TM Memenuhi Perjanjian Dengan POIC

Kota Kinabalu: Telekom Malaysia Berhad (TM) telah menyediakan perkhidmatan telekomunikasi dan infrastruktur telekomunikasi yang relevan kepada Kelompok Perindustrian Minyak Sawit (POIC) dan mengikut peruntukan perjanjian.

sdr

TM dalam satu kenyataan, juga menjelaskan bahawa perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi unifi hanya disediakan di Sabah pada tahun 2014, selepas TM telah menyampaikan projek POIC sepenuhnya.

Menjawab laporan baru-baru ini yang memetik NGO pengguna dalam Daily Express mengenai peruntukan infrastruktur telekomunikasi di POIC yang dikemukakan oleh Front Consumer of Sabah (CFOS), beliau berkata sebagai penyedia jalur lebar perintis negara dan kini juara konvergensi, TM terus melabur dalam infrastrukturnya, kedua-dua rangkaian fiber optik dan tembaganya, selama bertahun-tahun untuk menyampaikan jalur lebar berkelajuan tinggi dengan liputan seluruh negara ke seluruh rakyat Malaysia, termasuk Sabah.

“Khususnya untuk Sabah, TM, melalui TM Sabah komited ke arah membangunkan infrastruktur rangkaian dan menyediakan perkhidmatan telekomunikasi untuk kepentingan Sabahan.

“Ini sejajar dengan aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan penembusan jalur lebar di Malaysia Timur termasuk Sabah,” katanya.


Ia berkata dalam bidang-bidang di mana TM tidak dapat berkhidmat kepada pelanggan dengan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi, mereka berusaha untuk mempercepat perbincangan dengan Kementerian dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk meneroka pilihan pembiayaan khusus, pelbagai teknologi sesuai untuk kegunaan serta mengoptimumkan mekanisme industri sedia ada untuk menyampaikan pengalaman jalur lebar yang lebih baik di seluruh negara.

“Kami juga ingin memaklumkan bahawa peningkatan perkhidmatan telekomunikasi di Sabah bukan sahaja dilaksanakan di kawasan kediaman tetapi juga di kawasan perniagaan termasuk di POIC Sandakan dan Lahad Datu.

“Perjanjian untuk mewujudkan persekutuan strategik antara TM dan POIC Sabah Sdn Bhd telah ditandatangani pada tahun 2007 untuk peruntukan rangkaian dan infrastruktur telekomunikasi pembangunan dan pembangunan projek POIC Lahad Datu, dengan jumlah kos projek adalah RM1.0 juta.

Ia berkata di bawah perjanjian itu, skop kerja yang diberikan kepada TM tidak terhad kepada menyediakan perkhidmatan internet sahaja tetapi juga termasuk suara, data dan sebarang perkhidmatan telekomunikasi lain yang terdapat dalam penawaran TM.

“Pada masa ini, kami sedang dalam perancangan pembangunan rangkaian untuk melaksanakan infrastruktur unifi di POIC Sandakan dan Lahad Datu dan perkhidmatan unifi dijangka tersedia untuk POIC Sandakan menjelang Mac tahun depan,” katanya.

Ia juga mengulangi bahawa T, melalui TM Sabah, tetap komited untuk melancarkan perkhidmatan di negeri ini untuk menyampaikan gaya hidup digital yang lancar kepada pelanggan dan perniagaan di Sabah, sejajar dengan wawasan mereka “Membuat Hidup dan Mudah Perniagaan, untuk Lebih Baik Malaysia “.

Loading

Penamatan Saluran Pembayaran Bil TM di Bank Simpanan Nasional

Pihak TM telah menamatkan kemudahan pembayaran bil melalui saluran berikut berkuat kuasa 1 st  Oktober 2018 lalu.

  1. Pos Online –  https://www.posonline.com.my
  2. Bank Simpanan Nasional melalui mesin ATM.

Untuk senarai terperinci saluran pembayaran dalam secara online, sila lawati:

    https://www.tm.com.my/OnlineHelp/BillPayment/Pages/PaymentChannel.aspx

Loading

Penamatan Saluran Pembayaran Bill TM di Pos Online

Biasa bayar bil Unifi atau bil lain berkaitan TM secara online tak?.

Tahu tak, Pos Malaysia melalui saluran pembayaran online mereka menyediakan kemudahan untuk pelanggan TM membayar bil melalui platform online mereka?

Sejujurnya saya sendiri pun dah lama sangat tak log in ke Pos Online. Sebab saluran pembayaran yang saya berurusan banyak melalui Maybank2u dan Jom Pay.

TM telah menamatkan saluran pembayaran melalui Pos Online –  https://www.posonline.com.my bermula dari 1 Oktober 2018 lalu.

Untuk senarai penuh saluran pembayaran bagi bil TM, boleh rujuk di website TM melalui link di bawah

    https://www.tm.com.my/OnlineHelp/BillPayment/Pages/PaymentChannel.aspx

Loading

Harga Unifi 100Mbps Turbo Naik Selepas 24 Bulan Kontrak | Bermula 9 November 2018

Kalau sebelum ni kita boleh memohon pakej Unifi 100Mbps dengan harga RM129 dan RM159 dengan TV box beserta full channel Unifi TV, kali ini TM telah mengeluarkan pakej tersebut dari senarai jualan.

Bermula hari ini, pakej baru yang diperkenalkan adalah hampir sama dengan Unifi 100Mbps sebelum ini tetapi ada sedikit perubahan dibuat.

  • 100Mbps @ RM129 Dengan Ruby/Varnam/Aneka Pack; TANPA STB (Set-Up-Box). (Harga Asal RM159)
  • 100Mbps @ RM159 Dengan Unifi TV Ultimate Pack; DENGAN STB (Set-Up-Box). (Harga Asal RM189)

Kalau kita lihat, memang sama je dengan promosi sebelum ni tapi perubahan yang dimaksudkan adalah harga selepas kontrak. Harga selepas kontrak berubah kepada harga asal semula seperti di bawah :

  • 100Mbps @ 159 Dengan Ruby/Varnam/Aneka Pack; TANPA STB (Set-Up-Box).
  • 100Mbps @ RM189 Dengan Unifi TV Ultimate Pack; DENGAN STB (Set-Up-Box).

Harga tersebut tertakluk pada bulan ke-25 langganan. Selain itu semuanya masih sama. antara kandungan-kandungan seperti di bawah dikekalkan.

  • Tanpa had Kuota (Unlimited)
  • Langganan 24 bulan.

Tentang kontrak pula, pelanggan perlu membayar semua baki bulanan kontrak yang tinggal. Sebagai contoh, baki kontrak masih tinggal 6 bulan untuk cukupkan dua tahun tapi berkeras nak terminate. So anda perlu bayar caj untuk enam bulan bil tersebut pada harga asal dan bukan pada harga promosi. Hati-Hati!

Kadar Panggilan :
Panggilan percuma 600 minit setiap bulan dan seleps 600 minit dihabiskan, caj kadar rata 10 sen/minit untuk semua panggilan talian tetap dan talian mudah alih seluruh Malaysia.

TV content :
RM129 – PERCUMA  Unifi Play TV (Lebih dikenali sebagai HyppTV) dengan Varnam Plus, Aneka Plus & Ruby Plus pack. Tiada STB dibekalkan.

RM159 – PERCUMA Unifi Play TV & Unifi TV dengan Ultimate Pack. STB dibekalkan semasa pemasangan.

Loading

Kemaskini Terma & Syarat Penamatan Langganan Pre-Unifi (Streamyx) & Unifi

Pada 19 Mac 2018, TM telah mengubah terma dan syarat kesemua pakej Unifi & Pre-Unifi (Streamyx) berkenaan penalti atau caj untuk penamatan awal langganan dalam tempoh kontrak.

Sebelum 19 Mac 2018 lalu, penalti dikenakan sebanyak RM350 / RM500/RM600 bergantung kepada pakej yang pelanggan ambil. Namun selepas itu, TM mengenakan caj penalti yang lebih mahal iaitu berdasarkan baki bulanan kontrak yang masih tinggal untuk semua pakej unifi & Pre- Unifi (Streamyx).

Selalu saya ingatkan pelanggan tentang kontrak. Jika ada apa-apa masalah tentang servis yang dilanggan, tolong buat aduan dan log nombor aduan serta tarikh semasa buat aduan dan bila aduan diselesaikan. Follow up aduan sehingga mendapat feedback atau sehingga selesai kes.

Ada beberapa kes di mana pelanggan tidak mahu membayar bil hanya kerana servis tak bagus atau masalah kerap berlaku. Ingat, bila anda dah mula melanggan, anda terikat dengan kontrak sama ada setahun atau dua tahun mengikut pakej.

Jika ada masalah kerosakan yang kerap atau tak diselesaikan mengikut masa yang diberi, tolong follow up atau buat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM). Ada kes sehingga pelanggan dinasihatkan menamatkan langganan tanpa penalti kerana terdapat kes yang sukar diselesaikan seperti kes kecurian kabel atau maaslah infra yang telah lama dan mengambil masa yang lama dan kos tinggi untuk dibaiki atau diganti.

So, jangan buang masa menunggu janji kerana kita still perlu bayar caj bulanan yang dikenakan. Tiada istilah bayar mengikut kegunaan dalam pelan yang anda ambil. Tiada istilah Pay Per Use. Pakej-pakej ‘Pay Per Use‘ telah lama di keluarkan dari jualan TM. Mungkin rakyat Malaysia lebih sukakan istilah ‘unlimited’. Ada bagusnya dan ada kekurangannya. Nanti saya huraikan dalam topik lain.

Panjang pula saya melalut. Baiklah, saya baru dapat email, berkuatkuasa serta merta, pelanggan Pre-Unifi (Streamyx) dikecualikan dari Terma & Syarat berkenaan penalti berdasarkan baki bulanan langganan.

Bagi pakej Unifi pula, ada dua pakej sahaja ketika ini yang terlibat dengan terma & syarat penalti berdasarkan baki langganan bulanan mengikut kontrak.

Pakej yang terlibat adalah :

Sebelum langgan, minta ejen atau kakitangan TM yang terlibat untuk terangkan sejelasnya tentang kontrak dan caj penalti. Ini untuk elakkan masalah akan datang. Biar kita faham sebelum melanggan supaya nanti bila ada masalah berkaitan kontrak ni, anda tahu hak anda.

Loading