Monthly Archives: October 2018

Garis Panduan Pemasangan Dan Penambahan Tiang Ke Premis Pelanggan

[Kemaskini 13 Mei 2022:]
Ini adalah panduan bagi pemasangan infra copper (Streamyx/Unifi Lite). Bukan panduan pemasangan fibre optik Unifi. 

Garis panduan ini saya terima penghujung tahun 2016 dan sehingga kini, masih tiada sebarang perubahan. Jadi saya kira ia adalah info berguna untuk anda semua. Perlu ke sampai nak tambah tiang?.

Bagi kes-kes macam ni kebiasaannya berlaku pada mereka yang bina kediaman di tanah lot. Maksud saya, bukan di kawasan perumahan. Kawasan perumahan ni, kebiasaannya TM akan buat projek infra untuk satu taman terus.

Untuk kes yang memerlukan pemasangan tiang baru, pertama sekali, fahamkan gambarajah di Fig A di bawah

Pendawaian kabel di antara Distribution Point (DP) dan premis pelanggan melibatkan kabel telefon yang disokong oleh GI Integral wire. Bagi memberi perkhidmatan yang baik dan melindungi kabel dari kerosakan, jarak dari DP ke premis pelanggan tak boleh terlalu jauh.

Cuba lihat gambar di Fig A. Jarak antara tiang yang ada DP ke rumah sebaiknya adalah 50 meter sahaja.

Jarak kebiasaanya yang digunakan untuk dalam kawasan bandar dan luar bandar, adalah 50 hingga 100 meter. Tetapi setiap jika lebih dari 50 meter, satu tiang akan di tanam untuk sokongan kabel ke premis pelanggan.

Tetapi ada kes-kes tertentu, jarak antara DP ke premis pelanggan melebih 100 meter dan ini memerlukan penambahan tiang yang banyak.

Jarak maksimum yang dibenarkan adalah 250 meter dengan penambahan tiang. Cuba lihat gambar dalam Fig -C. Untuk pole1 dan pole2, tiang ditanggung oleh TM manakala penambahan tiang dari pole3 hingga 5, di tanggung oleh pelanggan.

Jarak di antara tiang adalah 50 meter. Jadi bersedialah dengan kos yang perlu dikeluarkan. Kos tersebut akan diberikan oleh pihak TM kepada anda sebelum pemasangan di buat. Jika anda setuju, pemasangan akan di buat. Jika tidak, order pemasangan anda akan dibatalkan atau ditolak.

Berapakah Kos Yang Akan Dikenakan?

Saya tak pasti kos sebenar berapa untuk satu tiang. Ada kontraktor beritahu saya, kos di bawah RM100. Tapi kos sepenuhnya akan diberikan kepada anda sebelum pemasangan dibuat. So kalau tanya saya, saya tak tahu kos sebenar.  Saya cuma share garis panduan sahaja.

Pengalaman Saya

Saya pernah beri bantuan untuk kes sebegini cuma lebih dari dua tiang, saya hanya terlibat sekali sahaja. Seingat saya di Kuala Rompin. Untuk kabin sementara di tapak projek pelupusan sampah. Pihak kontraktor bersetuju untuk menanam tiang sendiri mengikut garis panduan yang diberikan oleh Staff TM yang melawat di tapak.

Setelah selesai tiang di tanam, saya di arahkan untuk proses order tersebut. Ada beberapa sebab yang mendesak mereka mendapatkan servis Streamyx ketika itu dan salah satunya adalah mereka memang menggunakan talian telefon, faks dan internet secara sepenuhnya untuk kerja-kerja mereka di tapak.

Dalam kes tersebut, antara yang mereka ambil kira adalah kontrak satu-satu pakej. Jadi disebabkan mereka adalah pelanggan untuk kategori perniagaan, kontrak yang mereka perlu terima adalah dua tahun. Kebetulan pula mereka memang berada di situ untuk dua tahun. Jadi pemasangan diteruskan.

Bagaimana Nak Dapatkan Khidmat Saya?

Saya mohon maaf kerana saya hanya beri khidmat untuk kes-kes begini di kawasan Kuantan sahaja. Untuk lawat tapak/ kediaman adalah satu kerja yang perlu di sini . Kadang-kadang saya sendiri boleh bagi jawapan sama ada boleh diberi servis Streamyx atau tidak. Ada juga yang pihak TM sendiri perlu turun.

Apa Yang Saya Buat?

Saya sendiri biasanya akan pergi ke tapak untuk ambil beberapa maklumat DP dan juga melihat kawasan. Ia akan ambil masa beberapa hari. Jika semuanya selesai, order pemasangan akan diproses dan dikeluarkan.

Penafian

Untuk kerja-kerja cabling yang melibatkan custom installation atau memerlukan kontraktor luar untuk berhubung, mana-mana pemasangan yang melibatkan pelanggan saya sendiri (Hafizal), akan saya bantu untuk urusan melibatkan kontraktor dan dengan pihak pengurusan TM HQ Pahang. Untuk permohonan yang tidak melalui saya,  mohon berurusan terus dengan ejen/TM sendiri kerana saya tiada data dan kekangan akses untuk order anda tersebut.

Saya ingin menegaskan yang saya bukanlah kontraktor yang terlibat dengan kerja-kerja pemasangan apatah lagi terlibat dengan kerja-kerja teknikal TM. Segala pengetahuan yang saya kongsikan adalah dari pengalaman kontraktor, pengalaman saya berurusan, dan juga ilmu yang disampaikan oleh pihak TM kepada saya. Mohon jangan salah faham. Jika ada kesalahanan, saya mohon maaf.

Terdapat beberapa pihak salah faham dan menggesa saya bekerjasama dalam hal-hal teknikal dan pemasangan yang luar bidang saya. Saya hanyalah wakil jualan yang menjalankan kerja-kerja jualan produk TM.

Loading

Liputan Unifi : Permatang Badak Jaya Kuantan

Pelancaran infra Unifi di kawasan Permatang Badak Jaya Kuantan.

Jumlah Port : 16

Untuk mereka yang tinggal di Taman Permatang Badak Jaya Kuantan, ada dua DP telah dilancarkan khas untuk anda. Ada satu lorong tambahan yang terlibat di samping port sedia ada di taman tersebut. Untuk keterangan lanjut boleh berhubung terus dengan saya.

Bagi yang ingin membuat semakan, boleh isi borang semakan liputan menggunakan borang online di bawah. Saya akan respon secepat yang mungkin.

Borang Semakan :  > Borang Semakan <

Nombor Telefon : 019 – 9377 794 

Facebook Page : www.facebook.com/hafizalbroadband

Instagram : @hafizal_broadband

Loading

TM Dalam Perbincangan Dengan Kerajaan Mengenai Isu Streamyx

TELEKOM Malaysia Bhd (TM) berbincang dengan kerajaan untuk menangani isu-isu yang dihadapi oleh pengguna Streamyx dan merumuskan penyelesaian yang boleh memberi manfaat kepada semua pihak.

TM berkata dalam satu kenyataan bahawa ia akan mempercepat perbincangan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk meneroka pilihan pembiayaan khusus, pelbagai teknologi sesuai untuk kegunaan, serta mengoptimumkan mekanisme industri sedia ada untuk menyampaikan pengalaman jalur lebar yang lebih baik.

Firma itu kini berada dalam tekanan untuk meningkatkan kelajuan jalur lebar dengan harga yang lebih rendah memandangkan kerajaan menolak untuk menurunkan harga jalur lebar sebanyak 25% menjelang akhir tahun.

“TM menantikan satu pendekatan ‘menang-menang’ kerjasama dengan kerajaan untuk menangani secara berkesan cabaran yang dihadapi oleh pelanggan Streamyx, sekali gus untuk semua,” kenyataan syarikat itu dibaca.

Streamyx, perkhidmatan berasaskan talian pelanggan digital yang bergantung pada kabel tembaga, telah dikritik oleh pelanggan atas kepantasan, kestabilan sambungan dan harga yang sebahagian besarnya dianggap tidak sepadan dengan tahap kualiti.

Penyedia jalur lebar berkata rangkaian tembaga – yang merupakan rangkaian legasi – menghadapi banyak cabaran, terutamanya batasan teknologi.

Pada masa ini, Streamyx hanya mampu menyampaikan kelajuan sehingga 8Mbps. Pada suku kedua tahun ini, TM mempunyai kira-kira 1.08 juta pelanggan Streamyx daripada 2.3 juta pelanggan jalur lebar.

Syarikat itu berkata peningkatan dalam perkhidmatan memerlukan penyelesaian jangka panjang dan lebih kekal, yang akan mengambil masa dan dengan implikasi kewangan yang berat.

TM berkata ia telah dinaik taraf hampir 50% daripada lebih 340,000 pelanggan Streamyx yang berada di kawasan perlindungan UniFi ke UniFi pada harga yang sama dengan pelan semasa mereka. Firma itu menggalakkan 170,000 pelanggan Streamyx yang masih belum mengambil bahagian dalam program naik taraf untuk melakukannya, kerana ia bertujuan untuk menyempurnakan pelaksanaan peningkatan UniFi menjelang Mac 2019.

Ia juga menggandakan kelajuan Streamyx pada harga yang sama pelan jalur lebar semasa pelanggan secara percuma, bagi mereka yang berada di kawasan UniFi. TM dijangka melengkapkan pelaksanaan peningkatan kelajuan pada Disember 2018, yang boleh didapati kepada kira-kira 180,000 pengguna Streamyx.

Perbincangan TM dengan kerajaan bertujuan untuk cepat mencapai hasil yang saling menguntungkan bagi baki 500,000 pelanggan Streamyx.

Sehingga kini, TM, TIME dotCom Bhd, Maxis Bhd dan Celcom Axiata Bhd telah memperkenalkan pakej peringkat kemasukan jalur lebar berharga kurang daripada RM100.

Loading

Pengguna Streamyx Boleh Mula Semak Kelayakan Naiktaraf Unifi Percuma

Adakah anda pengguna Streamyx? . Telah lama guna Streamyx?

Adakah anda tinggal di kawasan Fiber Optik TM?.

TM telah memberi naiktaraf percuma kepada pengguna Streamyx sehingga 100Mbps. Walaubagaimana pun, naitaraf tersebut adalah bergantung kepada jenis liputan yang ada di tempat anda.

Contohnya anda tinggal di kawasan yang ada liputan fiber optik, anda akan terima naiktaraf percuma  100Mbps kecuali bagi yang tinggal di bangunan bertingkat seperti kondomonium dan pangsapuri yang mana hanya akan menerima naiktaraf sehingga 30Mbps sahaja.

Kenapa 30Mbps? ini adalah kerana capaian kabel ke rumah pelanggan menggunakan kabel tembaga. Tidak seperti kawasan perumahan biasa di mana kabel fiber akan ditarik terus ke rumah anda.

Bagi mereka yang tinggal di kawasan yang tiada liputan Unifi iaitu kawasan tiada infra fiber optik, naiktaraf percuma kepada 8Mbps akan diberikan.

Bagaimana nak semak?

Mudah saja. Hanya perlu ke laman web ini :

check.unifi.com.my/streamyxupgrade

Isikan maklumat yang diperlukan. Maklumat yang diperlukan adalah seperti contoh di bawah :

Name : Ahmad Bin Abu

New IC : 88940-00-0090

Service ID : fasya@unifi    atau fasha@streamyx

Untuk service ID ni, senang je nak tahu. Cari bil TM anda dan tengok pada muka surat kedua atau ke tiga. Cuba lihat maklumat seperti di dalam gambar di bawah. Pada menu Broadband tu, ada tertulis No. Perkhidmatan. So ID yang saya sembunyikan tu adalah service ID. jadi masukkan saja id tersebut.

Semaklah segera dan jangan lepaskan peluang mendapatkan internet berkelajuan tinggi tanpa penambahan wang!

Bagi yang belum mempunyai talian Streamyx atau Unifi di rumah atau premis perniagaan anda, boleh berhubung dengan saya untuk pendaftaran. Saya memberi khidmat seperti di bawah :

Rumah Kediaman Dan Premis Perniagaan 

  • Pendaftaran Baru – Unifi
  • Naiktaraf ( Upgrade ) dari Streamyx Ke Unifi (Harga Pakej Baru)
  • Pendaftaran Baru – Broadband (Streamyx)

Boleh berhubung dengan saya melalui talian 019-9377 794. Kawasan perkhidmatan adalah di kawasan Kuala Lumpur, Selangor, Kuantan dan Kuala Rompin.

Loading